Bab 18🚫

683 23 0
                                    

2 Minggu Kemudian...

Kini tinggal beberapa hari je lagi menjelang hari perkahwinan Arianna dan Edlan. Cepat je masa berlalu. Semua persiapan dah hampir siap. Semuanya Edlan yang uruskan. Dia tak bagi Arianna buat apa-apa langsung, just try dress, pilih tema and design kek. Arianna nak juga tolong diberi amaran keras oleh Edlan.

"Ria, Ria, tengok ni!" ujar Mak yam sambil membawa surat khabar di tangannya lalu diserahkan kepada Arianna. Arianna melihat muka surat yang ditunjukkan.


Usahawan Muda Terkemuka Malaysia bakal menamatkan zaman bujangnya.

Pemilik Amethyst Corporations, Edlan Iskandar akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati pada 28 Oktober 2024 di Sime Darby Convention Centre. Jejaka yang menjadi gilaan ramai wanita itu berkata inilah jodoh yang dinantikan selama ini. Ramai yang rasa gembira dan terkejut dengan berita tergempar ini kerana jejaka itu tidak pernah dilihat keluar berdua dengan mana-mana wanita sebelum ini melainkan pembantu beliau sendiri. Gadis yang hanya dikenali sebagai Ria menjadi tumpuan banyak pihak kerana telah berjaya mencuri hati jejaka ini. Ramai juga yang ingin melihat wajah gadis tersebut tetapi dilarang Edlan. Katanya, "Biarlah tunggu sehingga majlis resepsi." Edlan Iskandar menjemput semua pihak berkelapangan untuk menghadiri majlis perkahwinannya.

- Siti Aznida, Malaysia's News, 25 Oktober 2024.


Arianna tergamam membaca halaman itu. Sampai masuk surat khabar semua bagai. Tapi kenapa Edlan tak bagi tahu apa-apa pun?! Nak kena ni! Balik nanti siaplah...

Ding Dong....

Arianna yang baru berniat menyambung kerjanya terbantut bila dengar loceng pintu berbunyi. 'Siapa pulak yang datang ni? Dahla banyak urusan Ferka emailkan ni. Adehhh...Takkan Edlan dah balik kot. Baru pukul 11 pagi.' Arianna menyerahkan semula surat khabar tadi kepada Mak Yam.

"Takpelah, mak yam sambung kerja. Biar Ria yang pergi buka."ujarnya. Mak yam hanya mengangguk sebelum berlalu ke dapur. Arianna mengorakkan langkah menuju ke pintu utama. Pintu dibuka dan muncul seorang lelaki dan wanita bersama kanak-kanak lebih kurang umur 2 tahun di hadapan pintu.

"Maaf, encik cari siapa?"soal Arianna. Siapa diorang ni? Takkan Bob senang je bagi orang masuk. Tak semudah tu orang asing boleh masuk ke dalam villa Edlan ni.

Belum sempat lelaki itu menjawab, kedengaran suara Mak Yam mencelah daripada belakang.

"Emir!" jerit mak yam. Boleh tahan kuat jugak jeritan Mak Yam walaupun dah berumur.

"Mak Yam!" jerit lelaki itu pula.

"Rindunya Mak Yam pada kamu. Eh meh masuk." pelawa Mak Yam. Arianna yang masih tak tahu apa yang terjadi hanya mampu tersenyum. Mereka duduk di sofa. Arianna mengambil tempat di sebelah Mak Yam.

"Kenapa lama tak balik? Mak yam rindu sangat pada kamu berdua. Dah besar pun si Amir ni."ujar mak yam sambil mengusap kepala budak kecil tu.

"Emir ni , mak yam. Sibuk sangat. Dah berapa kali saya ajak balik sini, tengok mak yam dengan Edlan." ujar wanita tersebut. "Ni siapa mak yam?" soalnya lagi sambil melihat ke arah Arianna.

"Oh, lupa nak kenalkan. Ni Dylan Arianna, bakal isteri Edlan. Ria, kenalkan ni Emir Haidar dan Raiya Atisha, abang dan kakak ipar Edlan. Ni pula Amir, anak diorang. Diorang tinggal dekat LA." Arianna terkejut mendengar kata-kata mak yam. Edlan ada abang?! Selama ini dia ingatkan Edlan anak tunggal.

"Bakal isteri Edlan?"soal Raiya terkejut. Arianna hanya tersenyum.

"Ya sayang. Edlan dah hantar jemputan dekat kita. Ni mesti awak tak baca kan?" ujar Emir .

[C] RuffianWhere stories live. Discover now