Bab 14🚫

831 28 2
                                        

Arianna membuka matanya perlahan-lahan. Badan terasa sangat lemah. Dia cuba menggerakkan tangannya tetapi tidak berjaya. Tangannya diikat kemas. Arianna memerhati sekeliling bilik itu. Sangat usang dan lama. Tekak dia terasa perit. Tiba-tiba pintu terbuka dan muncul seorang lelaki di pintu.

"Boss, perempuan tu dah sedar."ujar lelaki itu di walkie talkie. Beberapa minit kemudian, aku mendengar derapan kaki menuju ke bilik ini. Muncul wajah seorang lelaki yang amat aku benci; Ziyan.

"Dylan, Dylan. Dah bangun pun kau. Haha. Aku dah cakap dekat kau, aku akan bunuh kau tapi sebelum tu, aku nak play dengan kau dulu. Perempuan cantik macam kau takkan nak biar macam tu je..rugi, rugi...."ujar Ziyan sambil mengoyakkan baju Arianna sehingga menampakkan singlet hitamnya.

"Sial kau Ziyan. Kau dah bunuh ayah aku, kau dah ambil Blood Rose, apa lagi yang kau nak?!! Kau tak puas lagi???!!"jerit Arianna. Mendengar nama Ziyan sudah membuatkan dia benci apatah lagi melihat Ziyan berada di hadapan di sekarang

"Aku takkan puas selagi aku tak hancurkan kau Dylan. Aku nak bagi kau tersungkur sampai kau merayu pada aku..." Ziyan bermain dengan rambut Arianna sambil tanganya menuruni lengan Arianna. Arianna memejamkan matanya. Sungguh dia berasa sangat jijik sekarang.

"Kau tahu tu takkan pernah terjadi. Masih nak menafikan lagi? Kau pun tahu hakikatnya yang Dylan Arianna tak pernah mengalah. Tolong jangan rendahkan ego kau macam ni. Nak menang dengan perempuan. Malu sial...." ujar Arianna cuba memanipulasi Krey.

Riak wajah Ziyan dah berubah. Terkesan dengan kata-kata Arianna tadi. Dia baru sahaja hendak mengeluarkan pistol terhenti apabila anak buahnya menegur.

"Boss, cik Dally datang." Ziyan menyimpan kembali pistolnya. "Kau selamat buat masa sekarang. Leo, panggil Mike jaga perempuan ni." Ujar Ziyan sebelum keluar dan menutup pintu. Kemudian aku terdengar suara seorang perempuan di luar pintu.

"Papa, Dally nak duit sikit. Nak keluar dengan kawan-kawan."

"Nah ambil kad ni. ."ujar Ziyan. Arianna menarik nafas panjang. Dia harus mencari jalan untuk keluar dari sini. 'Mike. Akhirnya aku akan dapat jumpa kau.' desis hati Arianna sebelum memejamkan matanya kembali. Badannya masih letih.


|Time Skip|

"Woi bangun...."

Arianna membuka matanya apabila merasa ada seseorang yang menampar mukanya dengan kasar."Nah air." Arianna meneguk perlahan. Tekaknya berasa perit dan kering. Arianna mendongak memandang lelaki itu. Suaranya seperti aku kenal. Mata Arianna terbuntang luas melihat wajah lelaki itu.

"Mika!" ujar Arianna.

"Siapa Mika ? Kau silap orang ni. Aku Mike."ujar lelaki itu dingin. Mukanya serius.

"Tak, awak Mika. Saya kenal Mika. Awak Mika kan?"

"Aku Mike."

"Mika, takkan awak tak ingat saya? Ni saya, Ria." Air mata Arianna mengalir perlahan di pipinya. Walaupun beberapa parut menghiasi wajah lelaki itu, tapi dia takkan pernah lupa.Sungguh dia sangat rindukan wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

"Aku tak kenal kau."ujarnya keras. Kemudian pintu dibuka dan sekali lagi muncul muka si Ziyan.

"So korang dah kenal ? Dylan, aku kenalkan ni Mike. Orang baru aku."ujar Ziyan sambil menepuk bahu lelaki itu. Kemudian Ziyan mendekati Arianna dan membisikkan sesuatu."Or you can call him, Mika Adrian". Bisik Ziyan. Muka Arianna merah menahan geram.

"Apa kau dah buat dekat dia?!"

"Not too much. Aku jumpa dia pun dia dah nazak. Boleh dikatakan aku yang selamatkan dia. And dengan bantuan sedikit ubat, suntikan and renjatan sehingga dia lupa kehidupan dia yang sebelum ni. Lupakan kau."ujar Ziyan dengan senyuman sinis.

[C] RuffianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang