Arianna bangun dari tidur dan lihat Edlan dah tiada di sebelah. Dia melihat jam di telefon. Pukul 9 pagi. 'Pergi mana pulak si Edlan ni.'desis hatinya. Kemudian dia terpandang satu dulang sarapan bersama satu sticky notes.
Morning. Aku pergi settlekan masalah hotel. Kalau nak pergi mana-mana text aku dulu. Sarapan ni jangan lupa makan :)
Arianna tersenyum sendiri. Edlan ni kadang boleh tahan sweet jugak. Walaupun dari jauh nampak ganas. Perlakuan Edlan mengingatkan Arianna kepada Mika. Hati dia dirundung pilu. Ke mana la Mika menghilang? Sungguh dia rindukan tunangnya itu. Walaupun ramai dah cakap Mika dah mati tapi hati dia kuat mengatakan yang Mika masih hidup.
Arianna segera bangun dan membersihkan diri . Selepas menikmati sarapan pagi, dia bersiap-siap untuk keluar jalan-jalan. Walaupun takde hala tuju, tapi kalau duduk dalam hotel ni pun bosan jugak.
Edlan
Awak, saya nak keluar jalan-jalan. Ambil angin sekitar kawasan ni
Okay. Jangan balik lambat.
Thanks.
Arianna berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan sambil mengambil gambar. Cantik betul kawasan ni.. Kemudian dia terpandang seorang lelaki yang sangat dikenali di seberang jalan.
"Edlan"panggil Arianna sambil melambai ke arah Edlan. Edlan yang terdengar namanya dipanggil segera menoleh. Arianna yang excited nak pergi ke arah Edlan terus berlari tanpa melihat kiri kanan.
Honk!
Honk!
"Arianna!!!" jerit Edlan. Arianna melihat sebuah kereta sudah hampir dengannya. Dia kaku. Otaknya tak mampu nak berikan tindak balas Dia hanya mampu memejamkan mata. Tiba-tiba dia merasakan tubuh nya ditolak ke belakang. Perlahan-lahan dia membuka mata. Dia berada di tepi jalan. Arianna melihat orang ramai sudah mengelilingi kereta tadi.
Arianna segera bangun dan berlari ke sana. Dia melihat Edlan sudah terbaring tak sedarkan diri. "Edlan, bangun Edlan." Arianna menepuk pipinya perlahan. Orang ramai membantu menelefon ambulan. Tanpa dia sedar air mata mengalir perlahan di pipinya. Dia takut. Takut kalau Edlan.... Seketika kemudian ambulan sampai dan Edlan dibawa ke hospital berdekatan.
Di hospital...
Arianna menunggu di luar bilik kecemasan dengan rasa resah. Dia sudah inform hal ini kepada Que. Que bagitahu dia akan cuba datang secepat mungkin. Kemudian seorang doktor lelaki keluar dari bilik tersebut. Arianna segera bangun dan bercakap dengan doktor tersebut
"How is he, doctor?".
"Luckily, he just had a slight in his head. But his right arm was broken. I will give you the medicine description later."
"Thanks, doctor. Can I go see him now?"
"Sure." balas doktor tersebut sebelum beredar. Arianna masuk ke dalam wad perlahan-lahan.
"Edlan, saya minta maaf."ujarku sambil duduk di kerusi dan memegang tangan kirinya. Air mata mengalir lagi di pipiku. "Don't cry."ujar Edlan perlahan tapi masih didengari Arianna. Arianna mengelap air matanya.
"Saya minta maaf. Ini semua salah saya."
"Benda dah jadi. No need to be sorry. So dah dua kali aku selamatkan kau. Lepasni jangan melawan cakap aku."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Ruffian
Ação[#1 Romance by Syaaezzi] "How can I resist falling in love with you?" - Edlan Iskandar "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." - Dylan Arianna "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk...