"Puan, Boss dah sampai." beritahu Bob. Arianna yang sibuk membalas email Ferka mendongak kepalanya teruja. Dia segera berlari ke arah pintu utama. Dia melihat Kereta Edlan yang baru masuk ke perkarangan rumah. Kereta berhenti dan Edlan baru keluar dari kereta. Arianna terus berlari-lari anak ke arah Edlan. Teruja setelah hampir seminggu tidak berjumpa. Rindu gila kott!!!
Pergerakkan Arianna terhenti. Riak mukanya berubah. Ada seorang perempuan keluar dari kereta tersebut dan dia kenal sangat dengan wanita tersebut. Emily. 'Kenapa dia ada dekat sini?' desis hati Arianna. Arianna terus berpaling semula dan masuk ke dalam rumah.
Edlan melihat perubahan di wajah Arianna itu. DIa masuk ke dalam rumah dan disambut oleh Mak Yam. Tapi riak wajah Mak Yam jelas terkejut apabila melihat Emily berada di situ. Tapi wajah Mak Yam masih cuba dimaniskan.
"Mak yam, nanti tunjukkan bilik tetamu. Emily akan tinggal dengan kita buat sementara waktu." Mak yam cuba meminta kepastian dengan memandang Que dan Danny. Tetapi mereka hanya tersenyum kecil. Ini keputusan Edlan sendiri. Diorang pun tak tahu apa yang Edlan fikirkan.
"Okay baiklah.. Emily, ikut mak yam." Emily hanya mengikuti langkah Mak Yam. Edlan terus naik ke bilik. Dia dapat melihat Arianna sedang duduk di balkoni. Edlan perlahan menghampiri Arianna.
"Sayang, abang dah balik ni. Tak rindukan abang ke?" ujar Edlan. Tiada sahutan. And Edlan knows why...
"Sayang, let me explain. Abang tahu sayang terkejut kenapa abang bawa Emily balik sini. Abang terjumpa dia dekat China. I know you don't like all these, but please treat her nicely. Take her as our guest."
"How long she's gonna stay here?"soal Arianna. Dia cuba memahami apa yang cuba dilakukan Edlan walaupun hati dia sakit sebenarnya.
"I'm not sure yet, tapi sekurang-kurangnya sehingga abang dapat tebus kesalahan abang pada dia. That's it. "
"And how are you gonna do that? By marrying her?" Edlan terdiam. Dia sendiri pun tak tahu macam mana dia nak tebus kesalahan dia. Arianna tersenyum sinis.
"Your silence tells everything." ujar Arianna sebelum bangun dan keluar dari bilik.
Makan malam pada malam itu hanya sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu sahaja yang berlaga. Masing-masing janggal dengan kehadiran orang yang tidak diduga di situ. Arianna hanya diam sambil menghabiskan makanannya. Begitu juga Edlan. Semua masih binggung dengan apa yang Edlan cuba lakukan dengan membawa Emily pulang ke sini.
"Sedapnya mak yam masak. Lama Emily tak rasa. Kalau hari-hari macam ni, memang naik la berat badan Emily." Ujar Emily memecah kesunyian tersebut dengan suara gediknnya.
"Tapi kenapa mak yam yang still masak? Mak yam sepatutnya berehat. Edlan kan dah kahwin. "
"Mak yam tak kisah pun . Dah memang kerja mak yam."ujar Mak yam.
"Ish ish ish, kesian you ...dapat bini yang tak pandai masak. But dont worry. Starting from today, biar I masakkan untuk you."ujar Emily sambil mengusap lengan Edlan. Edlan hanya menepis perlahan. Que dah perasan perubahan air muka Arianna.
Arianna sudah panas hati mendengar kata-kata Emily. 'Sabar Arianna...She wanna play? Lets play.' desis hati Arianna.
"Aku rasa lagi better tak pandai masak daripada tak tahu malu."ujar Arianna ringkas tetapi menusuk.
"Apa you cakap?!" ujar Emily dengan nada yang tinggi.
"Eh, terasa ke? Aku tak mention nama sesiapa pun. Tapi baguslah kalau terasa pun. Bawak lah sedar diri."
"What?! How dare you? Edlan, tengok wife you ni. Tak respect I langsung sebagai tetamu."
"Enough!" Ujar Edlan tegas. Semua terdiam. Arianna terus bangun dan naik ke atas. Geram pulak tengok mula betina tu lama-lama. Kalau bukan sebab Edlan, dah lama dia tanam Emily hidup-hidup.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Ruffian
حركة (أكشن)[#1 Romance by Syaaezzi] "How can I resist falling in love with you?" - Edlan Iskandar "Awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." - Dylan Arianna "Aku akan menangi hati dia semula. Aku yakin, dalam hati dia masih ada rasa cinta untuk...