Elora siap menghidangkan dua set steak yang dimasaknya sendiri di atas dining table yang dihias cantik.Matanya laju melihat jam di dinding.9.45 malam.Ada lagi 15 sebelum suaminya pulang.
"Eii..Busuknya aku!Baik berendam kejap. Hohohihu..!"
Dengan langkah yang super laju dia menuju ke tangga dengan senyuman dibibir.
"Bubble bubble bubble.."
Dengan emosi yang super riang air di dalam tub dikocak dengan tangan.Buih-buih sabun terhasil dengan banyak.
"Aaahh!Segar!" jeritnya teruja bila seluruh badannya ditenggelami buih-buih sabun.
"Masa mandi masa ceria..CARRIER JUNIOR!!" air ditepuk kuat.Serupa kanak-kanak ribena lagi.
Selepas bernyanyi satu dua lagu,mata dipejam menghayati suasana tersebut dengan bahagia.Suami nak balik kena la wangi-wangi.Ye dok?
***
"Arghh!"
Suara jeritan dan makian kian bertambah. Kepala botak seorang lelaki gelap di hentak dengan sikunya yang tajam.
"Vick!"jerit Rylan.
Vicky mengunyah bubblegum sambil meng'aim'kan kepala salah seorang dari budak-budak hingusan itu.
BANG!!
Peluru menembus laju tengkorak kepala lelaki itu sebelum dia tumbang ke tanah tidak bernyawa lagi.
"Heh!" sinis sekali.Vicky membuat bubble lalu bubble itu pecah.
Pop!
"Woi tolong arr! Aku dah separuh mati woi!" jeritan suara Jack melalui handsfree ditelinganya menyebabkan tumpuan Vicky terganggu.Telinga kanan ditekup dengan tangan.
"Kau tak pernah makan peluru dari sniper aku gamaknya!" Vicky melenting.
"Stop talking boys! Now!"
Suara lantang Rylan menyebabkan mereka kembali ke realiti.Laju sekali Vicky berada di posisinya.Kepala target dikunci.
"Woa woa! Calm down bro.Chill la.."
Mereka hanya memandang tajam 'kepala' segala kekecohan bermula.Orang-orangnya mula menjauh dari Raylan dan Jack bila ketua mereka turun dari tangga usang dengan kedua-dua tangan separa kepala.Didahinya ada cahaya bulat kecil berwarna merah.
"Kalau kau tak start semua nih, kami takkan balas la!" Jack menjerit dengan tangan yang masih mempunyai pisau ditunjuk kearah lelaki itu.
"Relax ok?Aku just suruh diorang check apa yang patut."lelaki itu senyum mengejek.
Rylan mengepal penumbuknya.Matanya tajam melihat pergerakkan lelaki itu yang menghampirinya.
"Nak aku shot kepala budak senget tu tak?" soal Vicky dari handsfree di telinga Rylan.
"Tunggu."hanya satu perkataan, mereka takkan membangkang.
"Yows big brother!Lama tak jumpa kau?Sihat?Isteri kau?"
"Eh yang kau sibuk pasal bini dia dah kenapa?Hah Carl?"jerit Jack nyaring.
YOU ARE READING
Dissonant Heartbeat
RandomTidak semua tahu mengenai dirinya.Kawan-kawan,isteri yang 6 bulan dikahwini secara rela dan family yang tidak suka akan dirinya hanyalah sebagai buah catur untuknya.Melainkan kawan rapatnya. Keluarga bahagia. Tidak terlintas langsung dalam fikiranny...