- DH 15 -

10.6K 116 7
                                    

Arya menggenggam tangan sendiri. Matanya lurus memandang seorang wanita yang lebih kuat sebaya Madam Lorena.

"So you la yang Vicky sebut tu?" soal Mrs Arin sambil mengacau perlahan air dalam cawannya.

"Aah ya.." meleret saja jawapan Arya.

Mrs Arin menghentikan kacauannya lalu cawan dibawa ke bibir. Air yang masih panas disisip perlahan. Dengan penuh elegan cawan diletak ke atas meja. Mata merenung gadis dihadapannya.

"You tau kan Vicky satu-satunya anak I? Yang I ada?" soal Mrs Arin dengan nada tegas.

Arya hanya mengangguk perlahan walaupun dia tak tau betul ka tidak.Main angguk ja.Kalau salah habis la dia.

Mrs Arin menarik senyum sedikit.

"Minum la air you tu. Penat-penat I suruh maid I bancuhkan." kata Mrs Arin lagi.

Arya tanpa berfikir panjang terus minum air yang berada dalam cawan itu.Habis diminumnya seperti musafir yang kehausan. Mrs Arin senyum lagi.

"I nak panggil Vicky kejap.Bincang apa yang patut.You duduk la sini dulu."

"Baik."bergetar sedikit suara Arya kerana rasa gugup.

Matanya menghantar langkah wanita itu sebelum pandangannya kian kabur.

"What the.." sisi sofa di pegang.

Kepalanya mula berpusing-pusing. Tangan naik mengurut pelipis.

"He..help." lemah suaranya ingin meminta tolong.

Dengan lemah dia cuba berdiri.Beg tangan di capai. Langkah Arya terhuyung-hayang semasa ingin menuju pintu keluar. Lepas saja meja bulat di sisinya dia terus rebah.

Mrs Arin hanya memerhati dari tingkat atas sebelum menelefon seseorang.

"Sana macam mana?"

"Dah settle. Sekarang tuan Vicky dah sedar."

"Kau jaga dia.Nanti aku suruh orang hantar perempuan ni." balas Mrs Arin mendatar.

Setelah menamatkan panggilan tangan ditepuk 2 kali sebelum seorang lelaki bersut muncul dari sebelah kanannya.

"Angkat perempuan tu masuk bilik anak aku. Jangan lupa, lepas keluar kunci bilik tu dari luar."pesannya.

Lelaki itu hanya mengangguk sebelum berjalan kearah Arya yang masih dibawah pengaruh ubat tidur itu.

"Kalau aku tak buat macam ni kau memang tak kahwin Vicky."bisiknya perlahan.

Matanya hanya memerhati tubuh orang suruhannya yang sedang mengendong Arya hilang di sebalik pintu bilik anaknya.

"I'm so sorry.." keluhan berat dilepaskan.

***

Jack mendail nombor Vicky berkali-kali sebelum telefon itu dihempas ke tilam.

"Eih budak nih! Masa-masa ni la nak menghilangkan diri." marah Jack.

Rio turun ke bawah dengan hanya berseluar pantai yang bercorak bunga besar. Rambut yang telah kusut dibetulkan sedikit.

"Yow bang."tegur Rio.

Jack hanya mengangguk perlahan sebelum berjalan ke tangga.

"Hi brother.."

Teguran dari Stella hanya dibalas dengan anggukan kecil.Stella mengerutkan dahinya.

Dissonant HeartbeatWhere stories live. Discover now