- DH 10 -

11.7K 93 6
                                    

Sudah hampir 3 bulan Elora di 'culik' keadaan Rylan makin teruk. Semua musuhnya di bunuh dengan kejam tanpa rasa bersalah sedikit pun.

"Rylan.Sampai bila kau nak jadi macam ni?" soal Vicky.

Pisau yang berlumuran darah di lap dengan kain basah. Tanpa suara dia mencuci alatan-alatan yang baru digunakan sebentar tadi.

Vicky mengeluh. Jack pula baru tiba dengan beg plastik makanan di tangan. Dipandang kearah Vicky yang kebetulan memandangnya.Hanya gelengan saja Vicky berikan.

"Makan dulu Rylan. Nanti aku bersihkan semua tu." kata Jack pula.

Rylan tidak menghiraukan kata-kata Jack. Hatinya sudah mati sejak isterinya diambil orang.Ewah ayat..!

"Kot ye pun kau rindu dia, cukur jambang kau yang serupa hutan tu.Semak aku tengok." Vicky membuka plastik dan bekas makanan.

Rylan berhenti seketika.Sisi wajahnya di pengang.Lebatnya! Mengalahkan bulu ketiak.Eeyuu!

Jack mengunyah makanan dalam mulut sambil mata membaca artikel-artikel di dalam telefonnya. Dia berhenti mengunyah bila mata menangkap sesuatu.

"Eh bros.Sini jap." gamitnya pada mereka.

Rylan dan Vicky menghampiri Jack yang sudah berdiri dari duduknya. Telefon diserahkan kepada Rylan.

"Mana kau dapat?" soal Rylan.

"Time baca berita ada ja 'iklan murah' kat tepi tu.Sebab tu aku panggil korang." jawab Jack sambil sambung kunyahan.

Vicky melihat skrin telefon Jack.Terkedu.

"Tu bukan Lora ke weh?" soalnya bendul.

"Tu pasal la aku panggil korang.Eeihh! Berapa kali nak cakap?!" Jack mula bengang.

"So apa plan sekarang?" soal Vicky tanpa menghiraukan Jack yang sedang marah itu.

"Book flight."

Hanya dua patah perkataan tapi mereka tahu, Rylan sedang marah. Bukan dekat Elora dengan mereka sekarang nih.Tetapi Rylan tetap juga nak ke sana.

"Ok."

***

Setelah berhari-hari berada disana, kelibat Elora tetap tak jumpa. Vicky mula resah bila sistem yang dia hack tidak menjumpai Elora.

"Hey Rylan.Berapa lama kita nak duduk dekat sini?" soal Jack.

Rylan yang berada di balkoni bilik hotel dikerling sekilas. Lelaki itu masih dengan rokoknya. Dihembus asap keudara.Dah la tak pakai baju.Tak sejuk ke hah?

"Um aku rasa kan.. Diorang dah tau kita nak datang."

Jack terus bangun dari baringannya. Vicky di katil segera dihampiri.

"Kau serious la?" soal Jack seakan-akan tak percaya.

Vicky mengangguk lemah. Belakang Rylan dipandang lama.Macam mana lagi nak buktikan dekat lelaki itu yang isterinya dah kena bawak lari?

"Setahu aku.Kita datang ni pun pakai identiti lain kan?"

"Yup."jawab Vicky malas.

"So mende yang diorang tau? Ke kau cari tak jumpa?" Jack mula menggunakan kuasa provokasinya.

"Hello?! Ni hacker top 5 dunia lah! Kau tunggu!"

Membara api dalam dirinya bila di leceh sebegitu rupa. Jari jemarinya laju dilarikan atas keyboard.Hampir sahaja rahang si Jack jatuh ke bawah. Tetikus ditekan berkali-kali.

Dissonant HeartbeatWhere stories live. Discover now