Elora mengikat rambutnya messy bun gitu sebelum memakai apron. Buah raspberi yang baru di potong di masukkan ke dalam mulut.
"Aku pun nak rasa macam mana jadi seorang bapa.Tu pun kau tak kasi?"
Kepala digeleng beberapa kali bagi menghilangkan 'mantera' ajaib Rylan itu. Mata di pandang ke luar tingkap. Kemudian tangan kembali mengacau bater dalam bowl.
"Bukan salah aku.Kau yang salah!" katanya geram sambil kecepatan mengacau juga bertambah.
Tot tot tot..
Telefon dicapai lalu panggilan dijawab dengan senang hati.
"Hey mama! Yeah ok jer..Uh huh. Um mana ada! Yes..Ok!"panggilan dimatikan.
Elora melangkah ke biliknya. Matanya menangkap baju biru di atas katil yang sudah berlipat.
Ya.Suaminya dah pergi.Dia pun tak tahu bila Rylan pergi.Yang dia tahu selepas penat bergaduh semalam dia keluar dan tidur di bilik bawah.Tapi bangun ja pagi tadi dia sudah berada di bilik sendiri.Kelibat Rylan tak pula dia nampak.
"Kalau aku tak tahu, mungkin aku boleh terima lagi." bisiknya perlahan.
***
"Yow Lora!" jerit Arya dari jauh. Dress di betulkan sedikit.
Elora berpusing sebelum melambai kearah gadis berdress gold yang mempunyai taburan manik-manik sebagai hiasan.
"Wuih! Bling-bling dah aku tengok.Sakit mata tau."perli Elora sambil tersengih.
Arya memeluk tubuh sambil berdecit.
"Hello..Sorry sikit eh.Aku beli mahal kot! Kena la bling-bling." rambut diflip.
"Ya ya..Dah jom masuk.Kau memang queen segala lambat tau."
"Eh-eh? "
Elora menarik Arya masuk ke dalam dewan besar itu. Jemputan bagi perasmian apa entah.Dia datang pun atas desakan madam Lorena.Kena paksa pulak tu.
"Hello to all ladies and gentlemen! Now I will call our most generous contributor.. Mr..Rylan! Please give him a big round of applause!"
Elora dan Arya saling berbalas pandangan antara mereka.Rylan yang sedang bercakap di atas pentas dibiarkan saja.
" Your husband right? What's he doing here?" soal Arya pelik.
"Yah I know. Tapi aku tak sangka dia ada kerja sini." bisik Elora.
"Bahhh! This will be worse dear.."
"Take it or leave it." balas Elora.
Mereka berjalan kearah makanan yang terhidang. Hidangan yang dipanggil buffet itu diperhati.Banyak sangat sampai rambang mata mereka mahu memilih.
"Hey..May I join you, ladies?"
Seseorang menegur dari belakang.Arya dan Elora menoleh serentak.Mata Elora membulat.
"Vick! You buat apa sini?!" tanpa kata-kata Elora memeluk jejaka itu.
Vicky senyum hambar bila ternampak panahan mata Rylan dari jauh.Pelukkan Elora dibalas sekejap sebelum dia menjarakkan diri.
YOU ARE READING
Dissonant Heartbeat
RandomTidak semua tahu mengenai dirinya.Kawan-kawan,isteri yang 6 bulan dikahwini secara rela dan family yang tidak suka akan dirinya hanyalah sebagai buah catur untuknya.Melainkan kawan rapatnya. Keluarga bahagia. Tidak terlintas langsung dalam fikiranny...