-DH 4-

19.6K 116 13
                                    

Sudah 3 hari Rylan bersama dengan isterinya.Elora pula seperti biasa lah.Gedik memanjang bila suami disisi.

Tak hujan tak ribut tiba-tiba 'taufan' melanda.Panggilan mengejut dari ibu Rylan menyebabkan mereka terpaksa menjejaki kaki ke 'istana' berduri itu.

"Nanti jumpa yang lain diam.Duduk dekat aku je."pesan Rylan ketika mereka didalam kereta Jaguar hitamnya.

Elora mendengus bila mendengar ayat yang sama tiap kali mereka balik ke rumah mertuanya.

"Kenapa?Bukan diorang jahat mana pun."

Rylan memberhentikan keretanya di sisi jalan yang sememangnya tiada kereta yang lalu.Matanya tajam menikam anak mata isterinya.

"Aku tak nak nanti 'kecoh'."

Elora memeluk tubuh sambil memaku matanya ke hadapan.Pipi dikembungkan.Protes!

Rylan tidak memujuk.Dibiar Elora dengan rajuknya.Pemanduan diteruskan dengan biasa.Tiada satu pun perbualan antara mereka sehinggalah Jaguar milik Rylan di pakir bawah garaj yang muat untuk 3 buah bas.

"Apa?"soal Elora bila Rylan memaut kemas tangannya.

Rylan mengerling sedikit kearah isterinya yang cantik berdress purple off shoulder tanpa lengan itu.Kemudian kakinya melangkah kearah pintu utama sambil dibuntuti Elora dari belakang.

"Tuan."sapa butler yang bersut kemas di tepi pintu.

Rylan diam tidak membalas.Ditarik isterinya masuk sambil matanya memandang hadapan.

"Oh my son!Dah balik pun anak I."

Tergesa-gesa lah si ibu mendapatkan anak lelakinya.Tubuh tegap Rylan dipeluk mesra tetapi tidak dibalas lelaki itu.Badan Elora ditolak sedikit supaya pautan tangan mereka terlerai.Tetapi Rylan mengeratkan lagi genggaman tangannya.

"Hum Elora.My beloved daughter in law!"

Elora senyum pahit akan sikap ramah mertuanya.Dibalas juga pelukan wanita 40-an itu dengan wajah yang sengaja dimaniskan.

"Come here.Let's have some meal first."

"Apa hal?" soal Rylan dingin.

Wanita itu terkejut juga dengan soalan berani mati dari Rylan.Tapi wajahnya cepat-cepat dimaniskan.

"Rylan..Kot ye pun makan la dulu.Penat mommy masakkan lauk kegemaran you." tenang saja jawapan si ibu.

Rylan mendengus perlahan sebelum menarik tangan Elora menuju ke couch yang tersedia di sebelah kirinya.Dihempas tubuhnya kasar.

"Aku tak suruh kau masak pun."dingin.

Wanita itu senyum nipis.Punggungnya dilabuhkan ke couch yang berhadapan pasangan itu.Matanya memandang wajah Elora dan Rylan.

"Rylan.You anak mommy.Elora menantu mommy.Takkan la I tak boleh makan sekali dengan you berdua?Hmm?" soalnya lembut.

Rylan memandang tajam wajah yang paling dibencinya.Hanya kerana wanita itu segala yang dia miliki hilang sekelip mata.

"You Elora."

Elora terkejut bila tiba-tiba dirinya mula dijadikan 'hidangan' untuk soalan wanita itu.

"I kadang-kadang tertanya.Apa you suap anak I sampaikan dia suka you?"

Rylan bengang dengan soalan dari ibunya itu.Belum sempat dia membalas tangannya di genggam oleh seseorang.Sisi wajah isterinya dipandang.

"Mrs Marina.I tak 'suap' apa-apa pun melainkan kasih sayang I untuk hubby I ni.Lagipun I bukannya lidah bercabang.I pun bukan pandai nak tikam belakang orang.Sorry."pedas sekali Elora membalas.

Dissonant HeartbeatWhere stories live. Discover now