"Siapa kau ni? Maaf tak kenal. "
"Hmm , awak memang betul-betul tak kenal ke? "
"Maaflah ye , saya ni baru masuk uni 2 ke 3 minggu je. Setakat mamat kerek macam kat dalam drama tu , heh buang masa je saya nak kenal. "
"Seriously ! You don't know this handsome plus kind boy. Nak kena cakap jugak ke? "
"Awak nak cakap apa lagi , awak tengah bercakap la kan tu? "
Sapa siak mamat ni. Dahla perasan hensem pastu baik la. Eleh , macam aku taktau taktik lelaki ni.
"I'm your abang fasi. Do you remember now , dear ?"
Aku terkedu. Otak aku yang sangat bijak ini aku gunakan segera.
Sesaat
Dua saat
Tiga saat
" Yeahhh , abang fasi. Abang , saya mintak maaf. Saya tak sengaja. Mama kata jan....... "
What the ?
Jari abang ni kat bibir aku.
"Aip , tak apa. Abang dah biasa dah. Memang ramai je junior tak kenal abang. Tak femes kan? "
Aduhhh acane ni , ayat dia macam sedih la pulak.
"Abang , tadi abang nak tolong antar saya kan? Hmm bole ke? "
Aku cuba tukar topik. Cukuplah aku telah memalukan diri aku tadi. Dasar Farra Hanim , heh.
"Oh aah kan , jom."
Alhamdulillah, berkat abang fasi aku dapat pergi class pagi itu walaupun agak lambat . Nasib lecturer lambat masuk .
○●○●○
Dah berapa minggu aku tak nampak abang fasi tu. Dia pergi mana ek? Holiday ke ? Ntah ntah dia kawin. Ayokk melepaslah kau hanim , padan mukaaaaa!
"Weh , ada nak kirim apa-apa tak? Aku nak beli burger ayam special ni. Lapar do , aku tak makan dari balik kelas petang tadi. "
May mengejutkan aku dari terus mengelamun.
"Hmm , aku taknak ah. Aku takde selera nak makan.
"Ha okay ah gitu, aku gerak eh dulu. Babaiiiiii! "
Mampus pekak aku duduk ngan May ni 5 tahun. Suara macam tertelan mic do. Aku takleh bayang kalau korang duduk ngan dia.
Okay , May dah tinggalkan aku. So , aku rasa nak gi kat taman rekreasi dekat ngan masjid tu la.
○●○●○
" we jumping and popping , we jopping! "
Aku cuba menghiburkan diri aku dengan nyanyi lagu Super M , entah ah tak minat sangat pon kpop. Tapi mama tu la , tak abis- abis minat kai. Aduh runsing tante!
Jalan- jalan sambil sepak batu. Oklah tu dari aku tambah lemak gi makan burger ngan May.
And guess what?
Aku.
Nampak.
Abang.
Fasi.
Tengah.
Jogging.
Aku kena fangirling ke sekarang ni ?
Omamamai omamamai
Eh kejap, dia pandang aku.
What , dia panggil aku?
Aku cuba tengok sekeliling , mana la tau dia panggil abang jual aiskrim ke , bercakap sorang- sorang ke. Aku taknak la kantoi syok sendiri.
Tiba-tiba ,
"Hmm , ni awak kan. Yang saya bawak tumpangkan pergi class haritu. Lama tak jumpa ek. "
"Err.... Haah sebab sekarang ni busy sikit. Saya pun dah start banyak class. "
Asal abang ni asyik pandang aku je , aku perasan je ke ? Syok sendiri ? Aduh aku rasa nak pitam.
"Awak ni comel la , makin comel . "
Hehehehe mamat hensem puji oi. Aku kena riak ngan mama. For the first timeee in foreverrrrr. Tunggu jap aku balik bilik jap lagi , memang aku call mama terus.
"Awak , awak okay ke ? "
"Errr, okay. Thanks. "
"Welcome , dear . "
Dia ni memang nak buat jantung aku terbelah dua ke apa ? MasyaAllah, sis tak kuat ye.
Aku beranikan diri.
"Boleh tak saya nak tau nama abang , saya asyik panggil abang fasi je. Macam tak best pulak. "
"Aahla , nama abang Aariz Zaqwan. Panggil Abang Riz je. Takyah panjang-panjang. Ke nak lagi pendek? "
"Lagi pendek apa? "
"Syurga. "
"Errr, abang ni buat lawak pulak. Abang taknak tanya nama saya ke ? "
"Aah , sapa nama awak? Bidadari eh? "
"Err, nope." Aku jawab teragak-agak. Malu woi.
"Nama saya Farra Hanim. Bole panggil Farra or Hanim, saya tak kisah. "
"Ouh btw abang kena gerak cepat. "
"Abang datang sini sorang ke? "
"Taklah , dengan akak tu."
Aku melihat arah yang Abang Riz tunjuk. Wow ! Cantik siak perempuan tu.
"Oklah Farra, abang baik dulu. Byee! Assalamualaikum. "
Dia terus tinggalkan aku.
"Waalaikumsalam. "
Aku tertanya-tanya sapa perempuan tu. Kenapa dia macam rapat je ngan abang Riz.
Jangan- jangan dia tu sebenarnya ............
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...