Alyssa's pov
"Abang, buat apa datang sini?"
Aku memandang kedai di depan aku. Butik Pengantin.
"Nak beli baju kahwin. Kau taknak kahwin dengan aku ke?"
Heh dia ni, aku ingat dah baik nak la panggil sayang ke baby ke babi ke. Eh bukan !
"Kata taknak kahwin cepat? Buat apa sibuk cari baju?"
Aku memandang mukanya. Marah ke bang masam je hahahhaha
"Alyssa Fahira, masuk sekarang sebelum abang dukung sayang. "
Tak, tengah marah ke tengah pujuk ni ? Aku berdiri kaku di depan kedai.
"Hey sayang, abang tak kisah haram ke tak sekarang ni. Leceh sangat kan.."
Aku merasakan kaki aku tidak menjejak lantai lagi. Dah kena dukung dah.
"Abang!!! Turunkan Lyssa!! "
Aku mencubit bahunya kuat. Terdengar dengusan nafasnya yang menahan sakit.
"Nak abang kiss ke dukung sampai dalam? Stay still. Abang kalau cakap abang buat. "
Aku terus diam. Kiss? Ofcourse no. Aku nak save untuk malam pertama nanti. Eh
"Ha kan bagus. Kita masuk dalam pilih baju ye sayang. "
Dia mengenyit matanya. Senyuman yang tidak lekang dari bibirnya turut membuatkan aku tersenyum.
○●○●○
Aku terjaga. Muka aku disimbah air. Habis lencun tudung dan baju aku.
"Oi perempuan, bangun. Makan ni."
Aku memandang perempuan berambut karat di hadapan ku.
"El...Eliya?"
Aku bersuara selepas berjaya mengecam muka perempuan berkarat itu.
"Aah ya. Shasha Eliya, bakal isteri ketiga Aariz. "
Aku menelan air liur kelat. Ini ke sebab abang taknak tegur aku 2 minggu? Allahu.
"Mana Aariz?"
Wajah lelaki yang kugelar suami aku cari. Tiada.
"Awak kata nak bawak saya jumpa Aariz. Mana dia?"
"Dia tengah tidur dalam bilik aku. Jap lagi dia bangun la tu."
Aku cuba menahan empangan air mata aku dari pecah. Abang? Abang tidur dengan perempuan lain?
"Penipu. Kau dah tipu aku time nak culik aku. Sekarang nak tipu lagi?"
Aku mengumpul kekuatan. Kata-kata cinta yang Aariz sering ungkapkan aku simpan. Aku percayakan dia.
"Aku penipu ke kau yang senang ditipu? Kesian Aariz dapat isteri lembap macam kau ni. Muka cantik otak hilang. "
Aku memandangnya geram. Dia mendekati aku bersama pisau ditangan.
"Nak aku cucuk perut ke nak makan diam-diam. Kalau cucuk perut kau ni, kesian pulak anak kau mati dulu sebelum kau."
Aku meronta kuat. Aku takkan biarkan anak aku mati dekat tangan jijik dia ni.
"Okay..ak..aku makan.."
Aku terus mengambil nasi yang diletak di atas meja dihadapanku. Dia masih setia memandangku. Pandangannya cukup membuktikan dia tidak akan melepaskanku.
○●○●○
"Mama....Far..Farra.."
Suara aku kedengaran lemah dalam talian. Nombor mama Farra aku pandang.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...