7 tahun kemudian,
Bunyi burung berkicauan membangkitkan ketenangan pagi aku. Argh penatnya harini...
"Sayang !!!! Tadaaaaa "
Aariz membuka pintu bilik tidur bersama dulang yang penuh dengan makanan.
"Fikir sweet ke abang breakfast atas katil ? Nanti kotor sayang jugak yang kemas. Ke abang nak kemas ?"
Dia yang teragak-agak ingin mengangguk mahupun menggeleng memandangku. Kata jelah malas...
"Kasilah abang bermanja..Afi tengah mandi. Ainul dengan Anissa tengah tidur. Kata nak buat team choral speaking tapi garang naw."
"Banyaklah abang punya choral speaking. Yang berdua tu pun abang layan macam apa takyah nak mimpi nak lagi. Nasib la hero sorang tu dah besar. "
Aku mengambil sandwich di dalam pinggan dan menyumbatkannya ke dalam mulut.
"Sayang, sayang tak gosok gigi lagi."
"Biarlah. Sibuk. "
"Takyah nak sibuk. Makan cepat pastu mandi, kita kan nak hantar Afi first day sekolah rendah. Sayang lupa ke ?
"Ada orientasi tak? "
"Ada lah. Dah nama pun darjah satu."
"Yelah. "
Aku terus mengunyah roti laju. Tuala pantas dicapai dan aku segera melangkah untuk mandi.
"Sayang, rasanya air tutup jap lagi. Abang takut abang tak sempat mandi. So jom!"
Aku berasa diri aku diawang-awangan. Wajah dia aku cari. Tengah senyum gatal alahai sabar jelah.
○●○●○
Aku melangkah masuk ke dalam kawasan Sekolah Orked Gemilang. Apa tak sedap sangat nama sekolah anak aku ni ? Aariz lah ni yang daftar.
"Mama, Afi takutlah. Kalau Afi takda kawan camna?"
Alahai hero mama ni dah besar dah. Aku tersenyum memandang dia. Aku menundukkan sedikit badan aku untuk menyamakan ketinggian kami.
"Afi mana boleh takut. Kata nak jadi hero Ainul dengan Anissa?"
Aku menjungkitkan keningku. Acah-acah jadi Aariz jap hahahhahaha.
"Kalau Afi suka cikgu boleh ke?"
Ya Allah, Afi ni darjah satu ke tingkatan satu. Siapa ajar dia ni? Ni mesti kerja Akiel kasi anak aku baca wattpad. Taguna punya papa !
"Janganlah suka cikgu. Carilah kawan lain aduhai anak mama ni macam-macam."
"Mama, nengok papa tu. Ramainya orang kerumun dia."
Aku memandang ke arah tempat yang ditunjukkan Afi. Amboi abang, pimpin Ainul dengan Anissa pun kena ngorat ke apa?!
"Mama, tadi ada akak tu pegang-pegang papa."
Ya Allah aku punya kemarahan mencanak naik ye anak-anak. Langkah aku hayun laju ke arah Aariz.
"Ehem!"
Aku berdehem kuat. Perempuan-perempuan taktau malu yang sibuk dengan Aariz ni semua pandang aku atas bawah.
"Puan ni siapa ya? Bising lah."
Ehhhh ada jugak minah ni makan sandal aku kang. Eiiii
"Abang, Ainul dengan Anissa taknak bawak masuk dalam ke?"
Aku cuba untuk senyum memandang Aariz. Aku tau dia faham maksud senyuman aku tu. Mana taknya, pucat abis muka.
"Abang memang nak berdiri kat sini sampai tengah hari ke? Kesian sayang tengok Afi tu excited nak jumpa kawan-kawan baru."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...