Aku dah balik ke uni semula selepas cuti seminggu . Aku tersenyum mengingatkan peristiwa beberapa minggu lalu .Aku yang sedang menghirup udara petang di pantai dikejutkan oleh Akiel .
"Awak , saya mintak maaf la asyik kacau awak je . Saya nak kawan je pon . "
"Kau ni tak faham ke aku kata taknak ! Taknak faham tak ?! "
"Kalau awak taknak , saya sanggup kena langgar kereta . Kawan je la dengan saya . Susah sangat ke ? "
Suara kecewanya masuk ke corong telinga aku .
Aku memandang Akiel terus berlari ke arah jalan raya tanpa menoleh kiri atau kanan .
Tiba - tiba , kereta memecut laju dan
Ya ! Aku tarik dia .
Pang !
Aku menampar wajahnya .
"Awak ni kenapa ? Dahagakan kasih seorang kawan ke apa ?! Perlu ke nak gadai nyawa ?! Nyawa banyak sangat ? ! "
"Please la wak . Saya nak kawan je . "
Wajah merayu ditunjukkan kepadaku . Terbit rasa kasihan dalam diri aku . Mukanya aku tatap dan lama kelamaan hati aku berlembut dan ,
"Okay , saya sudi kawan dengan awak . Jangan harap ada hubungan lebih dari ni daripada saya . Kalau awak nak pon , hubungan abang adik je bole . Faham ? "
"Ye , faham awak . "
"Now , you can call me Abang Akiel "
"Yerk ! Abang Akiel ? Hell no ! "
"Whatever . Harini abang Akiel nak bawak adik Farra pergi lepak warong . Jom ! "
Masa cuti aku dihabiskan dengan mandi sungai , lepak warong , pergi kebun dan macam - macam lagi dengan Akiel , kawan baru aku . Hehehehehe
Aku tersenyum mengingatkan persahabatan yang baru sahaja terjalin dengan seorang insan , Akiel Fawwaz .
○●○●○
Beberapa bulan kemudian ,
"Aariz Zaqwan bin Syukri . "
"Ya saya . "
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Hasna Elisha binti Ariffin dengan mas kahwinnya RM 2500 tunai . "
"Aku terima nikahnya Hasna Elisha binti Ariffin dengan mas kahwinnya RM 2500 tunai . "
"Sah . "
Hari ini , tanggal 27 Mac , Hasna Elisha sah menjadi isteri kepada Aariz Zaqwan . Tetapi , dalam menjalani hari bahagia itu , ada hati yang sedikit terluka . Siapa dia ?
○●○●○
Hasna 's pov"Sayang , cepat sikit mandi tu ! Abang dah berpeluh ni . "
"Ha ye kejap . "
Aku berfikir dalam bilik air . Aku nak pakai baju terus dalam ni or pakai dekat luar ? Hmm .
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...