"Ha ye lah . Nak main game apa ? "
Senyuman sinis terukir di bibir milik Aariz Zaqwan .
Akiel memandangnya dengan pandangan blur seblur kau yang tengah baca ni .
"Dalam hotel ni ada Farra Hanim, "
Ayat Aariz terhenti apabila Akiel menjerit tiba - tiba ,
"Farra Hanim tu tunang aku la bodoe ! Mana boleh kasi kau ! "
Dahi Aariz dijentik kuat . Maka , dengarlah carutan dari bibir milik lelaki itu .
"Kalau kau menang , aku takkan kacau Farra kau . Tapi kalau aku menang , kau kena tinggalkan dia . Dalam hotel ni ada Farra Hanim . Ya dia berseorangan . Kita akan cari dekat mana bilik dia dan siapa sampai sana dulu . Dia bole amik Farra Hanim . "
"Eeh en kalau aku kalah acane ? "
Akiel menjawab dengan penuh dungu seperti otaknya tertinggal semasa jatuh motor dahulu .
"Kau kalah aku amik la Farra setooonn! "
"Yelah deal je la . "
Mereka terus keluar dari bilik tadi dan berlari mencari bilik Farra Hanim .
Tanpa Akiel sedari , dia bakal kehilangan buah hatinya hari ini , Hany .
○●○●○
Farra's pov
Aku menunggu May yang masih tidak pulang dari kedai . Mata aku semakin lama semakin ingin tertutup . Aku memilih untuk tidur sebentar .
Kreeekk...
Pintu bilik aku bunyi ,
"Mayy ! Kau ke tu ?! "
Aku yang masih dalam keadaan mamai menjerit kuat .
"Ya , aku ni . "
Suara yang ku dengar agak berlainan dari suara May . Tapi apa de kesah ?! Aku mengantukkkkkk .
○●○●○
Dingdong ,
Pintu bilik berbunyi . Farra terus bangun dan sempat memaki hamun May yang sengaja mengganggunya . Dia hairan jugak sebenarnya , tadi May dah masuk bilik dah .
"Ha May ngapain lor ? "
Pintu dibuka tanpa memandang pemilik badan yang menekan loceng tadi .
"Assalamualaikum , boleh saya tau , saya dapat aduan ada lelaki dan perempuan berdua - duaan dalam bilik hotel ni . "
"Eh takda . Saya sorang je dalam ni . "
Farra menunjukkan muka tidak bersalahnya . Lelaki yang bersongkok itu berura - ura untuk masuk ke dalam bilik itu .
Tiba - tiba,
"Saaaayanggg ! Baju abang mana ?! "
Suara lelaki dari arah bilik air mengejutkan Farra .
Lelaki itu keluar bersama tuala di pinggang dan baju tshirt putih di badannya .
"Sayang , siapa datang ? "
Suara lembut lelaki itu benar - benar membuatkan Farra jijik dengannya .
"Maaf ye , tapi cik kata cik berseorangan . Tapi , kenapa ada lelaki dalam bilik cik ? Cik suami isteri ke ? "
Farra terkedu . Nak jawab apa ni ?
"Kami bukan suami isteri . Kami belum berkahwin . "
Lelaki itu menjawab tenang.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...