Akiel menekan telefonnya selepas notification mesej masuk berbunyi . Dia membaca chat tersebut .
Hany💗
Abang , Hany minta maaf . Halalkan sayang abang dekat Hany selama ni . Hany dah sah jadi isteri orang lain . Hany janji takkan lupakan abang . Assalamualaikum .Jeritan Akiel menguasai ruang bacaan di rumahnya .
"Hanyyy ! "
"Hany tipu abang ! "
Pasu berdekatan diambil dan dicampak ke dinding . Dia sangat menyayangi Farra Hanim , tetapi ini kenapa semua terjadi ?
"Bodohnya aku ! "
Rambutnya diramas kuat . Dia serabut . Dia inginkan seseorang untuk mendengar masalahnya .
"Hany tunggu abang akan bawa Hany kat abang balik ... "
Dia terus terbaring di atas lantai bilik bacaan tersebut . Mutiara jernih mengalir di wajahnya . Dia rindukan hany nya .
○●○●○
Farra termenung . Sudah berapa hari dia menghantar mesej kepada Akiel . Mengapa lelaki itu tidak balas ? Di manakah dia ? Dia okay atau tidak ?
"Sayang ! "
Aariz yang muncul tiba-tiba mengejutkan Farra .
"Abang ni kenapa ? "
Bahu Aariz dipukul kuat .
"Sayang tu kenapa ? Termenung pulak . "
Farra yang duduk di penjuru katil kembali menatap phonenya yang gelap . Aariz terus berbaring di sebelahnya .
"Sayang termenung apa lagi ? "
"Sayang teringat Akiel . "
"Nak buat apa lagi ? Dia yang hilang . Abang kan ada ."
Keningnya diangkat-angkat ketika Farra memandangnya .
"Abang tak sama dengan Akiel . "
"Tak sama ? Dah tu sayang nak cakap sayang tak sayang abang la ni ? "
Akiel terus melelapkan matanya berpura-pura tido . Merajuk la kononnya .
Farra terus bermain dengan rambut Aariz .
"Eii ada orang tu merajuk . Mengada la . Farra sayang abang la . Gedik nak merajuk pulak . "
"Eh ye ke ? "
Aariz menunjukkan wajahnya ke arah Farra .
"Nak kiss ? "
"Tampar nak ? Pergi mandi . Sayang nak masak . "
Farra terus keluar dan bergerak ke dapur . Aariz terus bergerak ke bilik air untuk mandi .
Ketika Aariz ingin membuka pintu bilik air untuk masuk ,"Hakuna matata ya oohh ooh ~"
Nada dering telefon Farra menarik perhatiannya . Telefon diambil dan dilihat nama yang tertera di skrin telefon , Akiel .
Dia terus menjawab .
"Hany , abang takkan biarkan hany dengan dia . Hany tunang abang , hany kena kahwin dengan abang . Kita dah janji . "
"Siapa hany kau ? Dia isteri aku . Tolonglah , kau dah kalah dalam permainan ni . Dia milik aku sekarang . Pergi cari jodoh lain , sibuk nak kat bini aku kenapa ? "
"Kau tunggu nasib kau , Farra Hanim tu hak aku . "
Aariz terus menekan button end call . Farra masuk ke dalam bilik untuk memanggil Aariz .
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...