Yes, dah seminggu aku tak keluar rumah. Aku hanya tengok tv, makan, tido and tunggu suami aku balik.
Ting !
Notification berbunyi menandakan mesej masuk.
Abang💓
Sayang, abang dekat mall ni. Nak kirim apa-apa tak ?Ya tuhan ini laki ! Enaknya dia berjalan ye petang yang indah angin sepoi-sepoi bahasa ni. Aku ni kat rumah macam asrama kena ikut peraturan tak bole keluar semua.
Aku dengan malasnya reply,
Kalau sayang bini, balik. Bukan pergi berjalan macam orang bujang. Sayang lari baru abang tau.
Aku harap dia terasa dan balik cepat.
Televisyen di depan mata aku pandang, alahai sate ni menggodanya. Mengidam la pulak.
Aku dengan selambanya mesej balik Aariz. Padahal tadi baru perli dia
Abang, belikan sate. Bukan mama baby yang nak tapi baby yang nak. Baby kata kalau papa baby taknak belikan, dia taknak kawan.
Ha ye, aku menipu tu. Ala gunalaa sikit ayat cliche orang pregnant selalu sekali-sekala. Dah sibuk iklan ni pun tunjuk sate, tunjuk la iklan shoppee ke apa. Takdalah aku mengidam.
Abang tau bukan baby yang nak. Mama baby sabar ye, jap lagi papa balik.
Yeayy ! Aku excited gilaaa nak makan sate omaigadd mengidam.
○●○●○
Aariz's pov
Aku memandang wajah isteri aku yang muncung dari tadi. Merajuk la tu !
"Sayang, kenapa monyok ni ? Kan abang dah beli sate tu. "
"Sayang nak makan sekarang, kenapa tetibe kena makan dekat rumah mama pulak?"
Dia memandangku. Ya weh, mana tak merajuk. Tadi aku balik dia punya happy berlari turun tangga nak sate.
"Abang beli banyak ni sayang. Lagipon, sayang dah lama tak keluar rumah kan? Abang nak bawa keluar la ni. "
"Orang nak keluar pergi dating...pergi rumah mama buat apa?"
Wajahnya dipandang menghadap tingkap. Alahai comelnya la bini aku ni.
"Dahtu? Taknak pergi rumah mama? Dahla abang pusing balik rumah semula. "
Aku buat-buat memandu ke arah jalan pulang semula. Tiba-tiba tangan aku ditarik.
"Sayang ni kenapa ? Tadi taknak pergi. Pastu sekarang nak pukul abang pulak."
"Abang pergi la rumah mama semula. Tak payah balik. Sayang nak jumpa mama. Kalau abang pus..."
Aku terus menutup mulutnya. Nanti dia bebel tak berhenti mati aku. Sian baby dalam perut mama dia.
"Diam, abang gigit sayang kang. Ye, abang pergi rumah mama. Duduk diam-diam, kang tak dapat makan sate , abang makan sayang. "
Dia terus menjeling aku. Kau ingat senang nak berhenti kalau bergaduh dengan kaum yang digelar perempuan ?
○●○●○
"Tolonglah, Eliya. Aku dah kata nak berhenti buat benda camni kan. Tak cukup ke apa kau buat dulu ?! Hancurkan kebahagian orang?! "
"Kau tak payah berlakon baik la May. Dahtu kau tu ? Kau tikam belakang kawan kau sendiri, kawan baik kau. Aku ke kau lagi hina sekarang ni ? "
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...