"Abang ni sibuk la nak ikut sayang checkup, pergi kerja je bole tak?"
Bini aku ni kenapa? Aku teman checkup pun kena marah ke aduh.
"Sayang ni kenapa? Abang nak tengok baby kita pun tak boleh ke?"
Wajahnya yang masam mencuka aku pandang. Ehhh dahla tengah pakai tudung, kalau tercucuk pin tu ke daging baru tau.
"Takyah la ikot, sibuk tau sibuk?! "
Suaranya naik seoktaf. Sebelum dia jadi nusyuz baik aku tegur.
"Sayang ni kenapa? Cuba cakap baik-baik. Is it wrong for me, as your husband untuk teman sayang pergi checkup. Abang nak tau jugak boy ke girl ke kembar ke.."
"Takyah! "
Eh menjerit lagi. Dia ni makin lama mengandung makin kuat jerit, aku harap anak aku lahir nanti jadi penyanyi. Okay merepek!
"Kenapa tak bole?"
Aku memegang bahunya lembut. Tolonglah emosi dia stabil, aku dah lama tak tengok baby kitorang.
"Sebab tak boleh."
Dia terus ambil beg tangannya dan keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas kuat tanda protes yang teramat sangat.
"Taknak ajak sudah, baik aku tido."
Selimut di atas katil aku tarik menyelubungi badan aku. Maaf baby, mama tak bagi papa ikot. Tido lagi penting kot untuk papa.
○●○●○
"May, kau ni takda kerja ke asyik teman aku pergi checkup? Aku hampir menjadi isteri nusyuz ye tadi sebab kau."
Aku yang kehausan merampas air mineral yang baru diambil May tadi di kaunter pendaftaran.
"Aku pulak? Kau yang pergi mengamuk tak kasi laki kau ikot kenapa? Sampai bila nak rahsia aku teman kau pergi checkup? "
Dia memandangku sayu. Bukan sebab kesian, tapi sebab air mineral yang aku cembat dia punya tadi dah habis. Nak isi dosa korang pun muat ni.
"Ahh biarlah, nanti aku cakap la. Kau tak jawab lagi soalan aku. "
"Aku nak jaga kau dari orang jahat. Aku taknak la nanti jumpa kau tetiba dah berulat je mati tepi jalan. "
"Mulut kau pun...meh si-"
"Puan Farra Hanim, masuk bilik 2"
Suara nurse yang jaga kaunter menghentikan aku yang hampir ingin memasukkan botol mineral tadi ke dalam mulut May.
"Kau bernasib baik May. Baiii "
○●○●○
Akiel's pov"Assalamualaikum kak, Alyssa ada tak?"
"Waalaikumsalam,ada kat dalam tengah susun stok. Kamu siapa? "
Soalan akak ni hampir membuatkan aku ternanyi lagu tiktok yang tengah viral tu "kamu siapa? Kamu siapa?".
Eii Akiel bodoe
"Saya bakal suami Lyssa..."
Tepat aku habiskan ayat tu. Eh molek dia sebelah aku.
"Eh abang, kenapa datang sini? "
Dia menghadiahkan aku secangkir senyuman. Ehek aku tergoda.
"Sini jap.."
Tangannya yang berlapik aku tarik ke luar kedai. Aku kena cakap jugak. Penat dah aku macam orang gila dekat rumah fikir benda ni.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...