So , harini weekend . Aku nak kluar pegi mendobi and shopping di area berdekatan . Tapi bukan mall la yang pastinya ."Setelah sekian lama , aku terperuk di dunia ini . Aku akan keluar akhirnya . "
"Eleh kau , nak pergi basuh kain pastu pergi beli barang pon macam dapat balik cuti 3 bulan . "
"Diam ah kau , dengki cakap . "
"Dengki dengan kau ? Sila meninggal la ! "
Dan aku terus bertikam lidah dengan perempuan ini . Dan ya , kitorang dah sampai dobi .
"Weh , aku lapar la . Nak makan . Dah sejam dah kat sini . "
"Hei perempuan ! Kau jangan nak merungut eh , kau tau tak baju kau yang banyak gila sekarang ni macam tak basuh kain sebulan . Kau tau tak ?
Dia membebel lagi gais . Tolong aku !
"Ha dah abis en ? Aku nak belanja kau tealive . Pastu makan kat kedai makcik depan tu . "
"Oklah , sebab kau belanja . "
Dia diam . Sebab apa ?
Sebab aku tawarkan nak belanja dia . Kalau tak kau ingat dia nak diam . Dia punya mulut tak penat kau tau . Aku yang penat tengok .
Tealive dah dapat , perut pun dah kenyang .
Next , MR DIY .
Aku saja je pergi sini . Lagipon baru bukak area uni aku ni .
Sebab aku bosan tunggu si May ni pilih botol air dia . Aku gerak gi tempat flower crown . Sedang aku pilih and cuba , try , test . Tetiba ,
"Has rasa en , Has tak perlu beli ni . "
"Sayang , abang bukan suruh beli , abang suruh cuba je . Cuba , faham sayangku ? "
"Hmm ye la , Abang Riz . "
Wait ?! Abang Riz ? Sayang ?
Aku memusingkan kepalaku tepat ke arah pasangan tersebut .
"Abang Riz...... "
Suara aku terpacul ketika melihat wajah yang amat dikenali itu .
"Eh , Farra . Buat apa kat sini ? "
Abang Riz terperasan aku sebab aku terpanggil dia .
Wajah manis perempuan di sebelah dia kuamati. Aik ! Ni bukan akak lawa haritu . Yang ni lebih muslimah , takde la muslimah sangat . Sebab dia pakai tudung atas dada . Tapi , dia cantik .
"Errrr..... Farra teman kawan . Alang - alang dah keluar ni . Saja je singgah . "
"Aah , weekend kan . Abang pun jalan - jalan je ni . "
Weh , Abang Riz ni tak sedar kewujudan perempuan sebelah dia ke apa ? Dibiarnya begitu saja .
"Eh kejap , abang lupa pulak. Ha ni , Hasna Elisya , my fiance . "
Aku terkedu . Kata - kata Maryam haritu benar belaka .
"Hai akak ! "
Aku cuba menzahirkan senyuman palsu . Weh hati sapa tak remuk , crush dah ada tunang kot .
"Hai , sapa nama awak ? Dah lama ke kenal Abang Riz ? "
"Farra Hanim , panggil Farra bole Hanim pon bole . Takde la lama sangat , Abang Riz jadi fasi waktu saya daftar diri haritu . "
"Oh okaylah , akak dengan abang gerak dulu eh . Nak pergi makan . Ada budak lapar , HAHAHAAHAHA ! "
"Eh sayang , tak baik tau kacau abang . Abang tinggal suruh balik jalan kaki baru tau . "
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...