"Ha dah pergi dah rumah ummi kesayangan kamu tu ? "
Aku yang baru keluar dari kereta melihat mama di pintu.
"Ha ni kenapa menangis macam tiada hari esok ? "
Wajah aku yang basah dengan air mata dan mata aku yang sembap ditilik oleh ummi.
"Ma, Aariz masuk dalam dulu. "
Aku memberi laluan dia masuk. Biarlah dia bertenang, aku taknak ganggu. Silap-silap aku kena cerai talak 3 japgi.
"Hanim, mama tanya kamu ni kenapa ? "
Pipi aku ditampar lembut. Perlahan-lahan air mata aku jatuh dari tubir mata. Penat aku tahan dari tadi.
"Mama tanya ni Hanim , kenapa ?"
"Abang..."
"Aariz buat apa kat kamu ni ha ?"
Suara mama naik seoktaf.
"Dia nak ceraikan Hanim. Dia marah sebab Akiel cium dahi Hanim dekat rumah Nek Pah tadi."
Tangisan aku semakin kuat. Aku semakin lemah.
"Ya Allah kenapa kamu berdua ni ?! Benda kecik macam ni pun nak bercerai-berai. "
"Hanim sayang abang.. "
Dan duniaku terus gelap.
○●○●○
"Sayang, abang minta maaf sebab buat sayang macam ni. "
Aku yang tersedar terus disapa dengan wajah suami aku tengah menangis.
Hey bro , chillaaaa !
"Abang ni kenapa ? Sayang dah nak mati ke menangis macam ni ? "
Aku jungkitkan keningku. Pelik !
"Abang janji tak ceraikan Hanim. Abang nak ada baby ramai pastu nanti dah besar bole buat team choral speaking. "
"Abang jelah bersalin kalau nak team choral speaking. "
"Hey dia ni , cium kang . "
"Tak kisah. "
Pergerakan Aariz yang semakin mendekat ke arahku terhenti apabila wajah mama muncul di pintu .
"Anak mama dah bangun ke ? Kamu ni menangis pastu pengsan macam orang mengandung."
"Mengandung ?! "
Aariz menjerit. Dia ingat aku mengandung ke ? Aku risau je dia ni.
"Eh tak , mama cakap je. Mana la mama tau, mama bukan doktor ye. Nah bubur makan. "
Perut aku berasa lapar. Aku..
"Abang..."
"Mama jaga Hanim jap, Aariz nak keluar. "
"Ha yelah. "
Dahi aku dikucupnya.
"Ich hate you. "
Aku terus menggulingkan mata aku ke atas. Dah ich , hate pulak. Ni ke orang panggil bahasa rojak ?
Walaupun aku kecewa sikit sebab kena tinggal tapi aku tak kisah sebab ada makanan di depan mata. Bye abang gedik !
○●○●○
Aariz's pov
Aku melangkah masuk ke farmasi berdekatan.
"Akak , pregnancy test ada tak ? "
Aku yang malas tahap raja ni terus je pergi kaunter mintak barang yang nak beli.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...