Siren kereta polis kuat kedengaran di luar rumah.
"Kau bunuh suami aku...Aku tak sempat halang kau, jahanam ! "
Dia membaling kerusi berhampiran ke arah Shasha yang berdiri dengan pistol di tangan.
"Abang...bangun ni sayang.."
Wajah Aariz dia pegang. Darah memenuhi tangannya langsung dia tidak ambil peduli.
"Sa..sayang.."
"Abang..sayang minta maaf...abang kena kuat. Baby A nak jumpa papa dia.."
"Sa..yang"
Dan dia terbaring lemah didalam dakapan Farra.
○●○●○
Bayi dalam inkubator dipandangnya lemah. Dia terpaksa melahirkan zuriatnya dengan pembedahan. Bayi pramatang itu diusap pipinya.
"Kalaula papa ada teman Afi sekarang.. Mesti Afi happy kan? Mama pun sama. "
Ayman Afi, zuriat yang menjadi bukti cintanya dengan Aariz.
Tok tok tok .
Ketukan pintu wad mengejutkannya. Air mata pantas diseka.
"Suami awak masih dalam keadaan kritikal. Saya akan bantu sebanyak yang saya boleh ye."
Dia tertunduk lemah. Ya Allah, tolong selamatkan suami,ayah kepada anak aku.
"Saya memang tak boleh keluar ke doktor ?"
"Tak boleh puan..puan pun baru operate so saya tak boleh benarkan puan keluar macamtu je. Maaf ye."
Aku terus terbaring lemah dan tertidur.
○●○●○
Mata aku buka dan aku pandang wajah mama dan papa menyapa aku. Aku tidur je pun, kenapa semua menangis?
"Sayang.."
Suara mama yang serak diselit dengan tangisan kedengaran. Wajah aku diusap lembut.
"Mama kenapa mama ? Papa kenapa?"
Aku yang semakin keliru memegang tangan papa dan mama kuat.
"Aa..Aariz..Nim mama mintak maaf.."
Ayat mama yang tergantung itu aku telan satu-satu. Aariz Zaqwan..dia hidup lagi kan?
"Ma..Abang ada kan? Dia just kritikal kan? Doktor tu dah janji nak rawat dia sampai dia sihat. Sampai dia bole jumpa baby Afi dengan Hanim ma."
Papa menggeleng lemah. Badan aku automatik lemah.
Aku baru melahirkan zuriat ku. Tapi, dia dah pergi meninggalkan aku..
Abang..abang kata nak jaga baby dengan sayang..kenapa abang tinggal sayang? Abang tipu..
Aku yang semakin hilang kawalan mencampak semua benda berhampiran. Mama pantas memelukku.
"Hanim sayang..Aariz mesti tak suka kalau Hanim buat perangai camni. Macam mana dia nak tinggal Hanim sorang-sorang jaga baby."
Aku tau mama tahan nak nangis depan aku. Tu menantu dia, dia dah anggap macam anak sendiri even mula-mula dia tak suka aku kawin dengan Aariz.
"Siapa suruh dia tinggal Hanim ma ?! Baby Afi nak papa dia..Dia tak sempat jumpa baby.."
"Abang..sayang nak abang.."
Air mata tidak henti mengalir di pipiku. Allah tarik dia saat aku perlukan dia. Kenapa?
Tangisan Afi juga kedengaran seolah-olah dia faham apa yang sedang hati aku, mamanya rasa sekarang.
Papa dah tiada sayang..
"Ma...Abang kat mana ma.."
"Dia masih dalam proses untuk dimandikan...Mama mintak maaf ya Hanim, kamu memang tak bole keluar dari wad ni.."
"No..dia tu suami Hanim. Ni baby kami. Hanim nak jumpa dia buat kali terakhir ma.."
Bahu mama aku peluk erat sambil melihat Afi. Hanya dia kekuatanku sekarang.
"Nanti Hanim sakit sayang. Kamu baru lepas bersalin. Nanti kalau sakit siapa yang susah?"
"Bila kebumikan arwah?"
Aku cuba kumpul kekuatan aku menerima takdir ini.
"Petang karang..maaf ya sayang..mama dengan papa keluar dulu."
Aku tau mama dengan papa nak kasi aku masa bersendirian. Tapi, kalau masa bersendirian aku lebih rindukan dia.
Tawa dia. Senyuman dia.
Cinta hati aku dah tiada.
Abang, tunggu sayang dengan Afi di syurga ya.
○●○●○
Aku membuka mata lemah. Hampit berapa jam aku menangis sehingga tertidur semula.
Baby Afi aku pandang. Dia pun sedang tidur lena. Aku tersenyum lemah. Macam mana aku nak besarkan dia tanpa kasih sayang seorang ayah ?
Aku termenung mengingat kembali ketika aku muntah-muntah time mengandung Afi.
Flashback
"Abang..sayang termuntah atas katil ni. Bangunlah ! "
Aku memukul bahunya kuat. Uish lena betul laki aku ni tido. Aku macam nak mampus muntah.
"Apa?"
"Sayang muntah..."
Aku menggoncang badannya supaya bangun.
"Sayang ?! Kenapa muntah kat sini?!"
Kau nengok? Aku kejut macam nak berbuih dah bercakap pastu dia bangun terkejut macam apa.
"Orang kejut abang kan..abang tak dengar..sayang tak larat la..sayang bangun pastu pening tak sempat pergi toilet. "
Dia terus bangun dari katil. Tuala diambilnya dan dia terus berlari ke bilik air.
"Siapa nak basuh muntah sayang ni?!"
"Siapa muntah?!"
Kedengaran jeritannya dari bilik air.
"Sayang."
"Dahtu?! Sayang basuh la sendiri!"
Ya Allah suami aku ni. Nasib baik la aku ni baik.
End of flashback
Aku muntah dia bole kata macamtu. Apalah perangai abang ni. Aku ketawa teringat peristiwa itu. Kalau abang ada mesti abang sakat Afi jugak kan?
Abang, sayang rindu abang.
Yowww wassupppp ! Walaupun tak smpai 1k aku update atas permintaan someone tu huhuhu btw jgn lupa like comment okiesss !
Masih ada lagikah peluang untuk author menghidupkan Aariz ?😂
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...