Akiel's pov
Aku memandangnya dengan pandangan bosan. Jus tembikai di depan mata aku sedut dengan penuh rakus.
"Awak ni kenapa asyik pandang saya?"
Whattt ?! Yakinnya dia tanya aku. Aku tak nak pun la pandang dia.
"Kau jangan nak perasan sangat bole tak perempuan. Dah la suka hati je ajak aku keluar. Tak malu eh kau.. "
Aku menjelingnya.
"Eh awak ni nak jeling-jeling pulak. Nak goda pun janganlah jeling orang."
"Siapa nak goda kau? Tak, asal kau makin mengada sejak ummi nak jodohkan aku dengan kau ni ? "
Dia tersenyum memandangku. Senyuman tidak bersalah 7 keturunan.
"Mana ada saya mengada. Saya saja je."
Aku memandangnya lama. Dan tingg !
"Kau santau ummi aku suruh suka kau eh perempuan ?"
Aku tarik tudungnya ke depan.
"Nak tuduh saya tuduh la. Yang awak main tarik tudung saya sesedap awak je ni kenapa ?! "
Suaranya naik seoktaf. Perempuan kan, kau dah sentuh tudung dia memang jadi gini.
"Kesah ke aku tudung kau tak elok ke, kedepan ke, kebelakang ke, lipat macam minah rempit ke, kau tetap hodoh. "
Dia membuat muka comel.
"Perempuan secomel Lyssa ni pun abang kata hodoh? Tak baik tau. "
"Takda istilah cantik bagi perempuan kecuali Farra Hanim. Aku takkan kawin dengan kau, ingat tu."
Senyumannya mula kendur. Arhh peduli apa aku kau nak kecewa 7 hari 7 malam ke 365 hari ke.
○●○●○
"Kes ni dah lama ke? Encik memang tak pernah report pasal kes langgar lari isteri encik? "
Aku memandang wajah suami aku. Selama ni dia selidik sendiri ke apa ?
"Ha yes. Tapi baru berapa hari isteri saya dapat mesej yang orang tu mengaku dia langgar anak dan isteri saya."
"Ni isteri siapa pulak ? "
Jarinya ditunjuk tepat ke arahku.
"Ni isteri saya la, isteri kedua. Yang first dah meninggal kena langgar lari tu. Takkan isteri tuan pulak."
Aku tau suami aku tengah perli polis ni, sibuk pulak tanya pasal aku kenapa.
"Ha baru nak cakap, ingat isteri saya."
Apakah?! Miangnya la polis ni. Aku sumbat dalam almari merch mama mau pengsan ko!
"Tuan jangan main-main. Saya datang ni nak buat report. Tuan nak caras isteri saya pun agak-agak eh. "
Aku yang mula-mula duduk di hadapan polis itu terus berganjak ke sebelah suami aku. Dahla asyik pandang aku atas bawah atas bawah. Eh taste aku masih yang muda mudi ye.
"Eh kamu ni kenapa pergi alih tempat duduk? "
Ehh tanya aku pulakkk!!! Siapa nak duduk depan lelaki miang keladi ni.
"Tuan, fokus bole? Ni melibatkan nyawa anak isteri saya. Tuan ni nak mengorat cari masa lain dan orang lain. "
Dengusan kedengaran di telingaku. Sah dah marah laki aku ni.
"Ha baik encik. "
Polis tu terus fokus dengan tujuan sebenar kenapa kitorang datang sini. Tapi, dia ingat aku tak nampak ke mata dia asyik curi-curi pandang aku ?!
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RomanceAdakah pertemuan ini kerana dendam? Ataupun takdir? Pertemuan yang tidak dijangka telah melahirkan bibit cinta dalam hati Farra Hanim. Hanya kerana satu pertemuan , dia sering dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut , Aariz Zaqwan. " Awak okay...