Pagi yang cerah itu tidak sunyi dengan adanya bunyi kicauan burung-burung kecil yang sedang terbang riang di langit menceriakan lagi suasana pada pagi yang indah itu. Sungguh indah ciptaanNYA jika nak dibandingkan dengan ciptaan manusia.
Di sebuah rumah,
TENETT! TENETT! TENETT!
Bunyi jam loceng milik Nur Alisa berbunyi tatkala angka di skrinnya menunjukkan pukul 6:00 pagi.
Alisa bangun dengan muka sepuluh sen nya dan terus berjalan ke tandas dalam keadaan terhuyung hayang bagai cupak hanyut.
Hari ini hari pertama sekolah selepas cuti selama dua minggu.
Jadi dia perlu segera bersiap takut-takut terlewat ke sekolah nanti .Usai bersiap, sarapan pagi dan bersalaman dengan papa dan mama,Alisa keluar rumah dengan kalut tatkala mendengar loceng rumahnya berbunyi. Dia tahu bahawa rakannya, Sarah sedang menunggunya di luar rumah.
Di luar rumah Alisa, kelihatan seorang gadis yang kecil molek yang lengkap berpakaian sekolah dan menggalas beg sekolah merah jambu sedang tersenyum melihat sahabat kesayangannya keluar dari rumah. Ya! Itulah Sarah.
Mereka sama-sama berpelukan selepas pagar autogate rumah Alisa tertutup.
"Assalamualaikum sahabatku! "kata Sarah dengan gembira.
"Waalaikummussalam juga sahabatku! ". Jawab Alisa seraya ketawa terbahak-bahak sebelum mereka memulakan langkah untuk ke rumah rakan yang lain.(Dalam perjalanan)
"Eh Lisa, kau dah siap semua homework yang Cikgu Syira bagi sebelum cuti tu?" tanya Sarah.
"Yang mana Eh? Aku tak ingat lah. Seingat aku, semua homework aku dah siapkan, tapi yang Cikgu Syira bagi aku tak ingat lah pulak yang mana".
Jawab si Alisa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu." Ish kau ni macam nenek kebayan lah,baru dua minggu cuti dah lupa" kata Sarah sambil memicit-micit dahinya .
"Alah, yang mata pelajaran sains tuu, peberet kau tuu takkan dah lupa kot " sambung Sarah lagi selepas dia melihat tiada balasan dari Alisa.Selepas Alisa mengerah otaknya agar berhubung dia pun teringat kembali kerja rumah yang diberi oleh guru kelasnya itu.
" Ouhhh yang tuu ke. Awal-awal lagi aku dah buat, kacang rebus je tu hehe" kata Alisa sambil buat muka bangga dan memeluk tubuhnya yang kurus kering itu sebelum disambut dengan gelengan daripada Sarah.Mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya mereka sampai ke sebuah rumah yang bernombor 31.
⛄⛄⛄
'DING DONG'
Loceng rumah yang bernombor 31 itu ditekan.
"Assalamualaikum.... "
"....Ana, ooo Ana"
Kedengaran suara lemah lembut Alisa memberi salam dan menyebut nama rakannya.Dalam masa yang sama...
" Waalaikummussalam, Eh?! Lisa!!Sarah!!Kau orang dah sampai ke, maaf lah aku tengah bersiap tadi, lambat sikit Hehe..."
Jawab Ana yang baru sahaja keluar dari rumahnya. Dia bersalaman dengan ibunya sebelum keluar dari rumahnya.
Ibunya tersenyum melihat Alisa dan Sarah yang sedang menunggu di luar sebelum berpesan kepada anak bongsunya itu agar berhati-hati semasa ke sekolah.Alisa dan Sarah yang sedang menunggu di luar membalas senyuman ibu Hanna itu. Kemudian mereka bertiga berjalan bersama-sama ke sebuah rumah yang bernombor 34 pula.
Perkara yang sama dilakukan untuk memanggil si tuan rumah itu keluar. Selepas 3 minit, si tuan rumah yang ditunggu - tunggu pun keluar dan tersenyum melihat mereka.
"Selamat pagi sahabat sahabat ku sekalian. Rindunya aku dengan kau orang semua ummm".
Sapa Damiya dengan suara comel dan membuat mimik muka ala ala bayi yang tengah bersedih.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Adventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...