BAB 23: Kembali beraksi

52 4 0
                                    

12.50 tengah hari,

TOK! TOK! TOK!
"Assalamualaikum!" Pintu bilik diketuk kuat dari luar.

Asyraf yang usai membersihkan diri membuka pintu untuk mereka.
"Apa hal pulak ni?"

"Weh, tadi... Tadi Imran kena culik!" Farizal yang masih mengah terduduk di atas lantai manakala rakan-rakannya yang turut berada di situ memapahnya masuk ke dalam bilik.

"Cuba cerita apa jadi sebenarnya."
Asyraf yang masih bertuala duduk di atas katil dan membuat sesi soal jawab terhadap Farizal dan sesiapa yang ada bersama-sama dengan dia.

Farizal, Maryam, Amri dan Fariz disoal tak kurang macam penjenayah.

Tanpa disuruh, Farizal menceritakan semua yang berlaku tadi dengan sangat jelas dan jujur.
Kemudian, Maryam memberitahu bahawa dia ada ternampak kereta Jeep berwarna hitam seakan-akan sedang mengintip mereka tadi.
Amri dengan Fariz hanya diam membisu.

"Aaaaa!" Alisa tiba-tiba sahaja menjerit di luar bilik sambil menunjuk ke arah sekujur tubuh kanak-kanak perempuan yang terbaring di koridor.
Terdapat kesan gigitan yang dalam pada pergelangan tangannya.

"Yang lain tunggu sini. Farizal, Rafiq ikut aku" Arah Asyraf.

Semua orang jadi kelam-kabut sampailah...
"N-Nurin?! Tidak!" Maryam berlari mendapatkan sepupunya. Diletakkan kepala Nurin di atas ribanya.
Kepala kanak-kanak tersebut diusap perlahan. Dahinya panas serta terdapat garis-garis halus di wajahnya.

"Nurin, macam mana dia boleh kena gigit ni Lisa?! Nurin please... jangan macam nii....Jangan la tinggalkan akak...Nurinn" Maryam merayu-rayu sambil mengesat air mata yang semakin deras.

Asyraf turut duduk di sebelah Maryam untuk menenangkannya. Suasana terlalu sepi ketika itu. Suara Maryam sahaja yang mengisi pendengaran mereka.

"Semua orang dah tinggalkan akak. Siapa nak teman akak tidur nanti? Huh? Isk~isk~." Tangisannya makin menjadi jadi.

"Maryam, shh shh~ dah jangan nangis lagi. Awak kena kuat, ok?" Melihatkan kelakuan gadis itu, Asyraf tidak kuat.
Gadis itu sedang merana, dia tak boleh biarkan gadis kesayangannya diseksa oleh emosi.

GRR! GRR!

Nurin sudah menggelupur.
Maryam masih tidak bersedia ketika itu.
Nak tak nak dia perlu melepaskan Nurin.
Wajah Nurin dicium berkali-kali sebelum pelukan dileraikan.
"Thank you for sharing your love selama ni walaupun tak lama. Nanti kita jumpa lagi adik." Dengan berat hati dia membawa Nurin ke bilik yang jauh dari tempat mereka.

Asyraf mengikut langkahnya begitu juga Alisa, Farizal, Rafiq dan Damiya yang turut berada di situ tadi.
Pintu ditutup rapat, serapatnya.
Dia duduk bersandar pada pintu bilik tersebut. Menunggu Nurin untuk bangkit kerana dia mahu mendengar suara Nurin buat kali terakhir.

Asyraf yang masih bertuala bersandar di sebelahnya.
'Awak kuat' Bisik Asyraf di dalam hati melihatkan keadaan Maryam yang lesu.
"Jom Miya, kita masuk bilik dulu. Malas nak tengok drama diorang." Maryam kaget melihat sikap Alisa yang sangat asing baginya.

"Kau dah kenapa, tiba-tiba je berubah mood ni?" Damiya menyoal sikap Alisa yang kurang sopan itu.

"Jangan-jangan kau penyebab Nurin kena gigit?!" Tuduhan yang dilontarkan Damiya tadi membuatkan Alisa geram.

Penumbuk dikepal diam-diam. Dia memandang wajah Damiya yang bersahaja itu.
Damiya berpura-pura tak nampak.
"Hmph!" Alisa berpaling wajah dan berlalu begitu sahaja.

Asyraf sudah mula mengesyaki sesuatu. Dia merasakan bahawa Nurin bukan digigit tanpa sengaja.

"Siapa orang last yang teman Nurin balik bilik tadi?" Asyraf mengajukan soalan pada Damiya.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now