BAB 2 : Belum Pulang?

198 25 0
                                    

Di rumah Alisa,

"Aku takut lah wey!! Huwaaaaaaa"
Sarah bersuara memecah suasana, sambil menangis teresak-esak.

"Jangan lah nangis, alololo ciannye. Kami kan ada ni". Pujuk Damiya sambil mengesat air mata sahabat kesayangannya itu. Sedangkan, pada waktu itu dia juga sedang ketakutan.

Itulah sahabat, tidak kira susah senang akan mereka harunginya bersama-sama.

Kata-kata Damiya itu sudah cukup untuk membuatkan semua orang yang berada di situ terharu.

Fariz pula, sedari tadi asyik memandang Damiya tanpa berkedip.
Tersenyum sorang-sorang pulak tu!
"Betul tu Sarah, kami semua akan lindungi awak, kita semua takkan berpecah" sambung Fariz.

Damiya memandangnya lalu tersenyum malu.
"Terima kasih semua! Aku akan ingat jasa kau orang semua ya!!" Laung Sarah sebelum semua orang ketawa.

🌸🌸🌸

"Aku rasa tak sedap hati lah, apa agaknya mak ayah kita tengah buat sekarang ya?" Hanna bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Aku pun, aku rasa sekarang ni negeri kita tengah hadapi masalah besar. Cuba kita bukak TV dan tengok berita.."
Kata Amri pula, cuba untuk memberi cadangan.
"...mungkin kita akan dapat jawapannya nanti"
Sambung dia lagi selepas tiada respond dari rakan-rakannya.

'Bijaknya dia niii' bisik Alisa dalam hati. Alisa bertambah cair.
Dalam tidak sedar, Alisa khusyuk melihat Amri sehingga disedari oleh tuan punya badan! Memang masaklah dia kali ni.

" Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Tersengih-sengih, teringat pakwe eh?! " Kata Amri sambil tersenyum mengejek
Alisa terhenti dari lamunannya. 'Kacau lah dia ni. Nasib sayang, kalau takk memang nazak dah aku bagi buku lima' Alisa berbicara seorang diri di dalam hati.

" Ya aku dengar! Baling bantal ni kang. Baru padan muka kau! "
Balas Alisa marah, sambil memegang bantal. Kononnya nak baling lah tu. Tapi melihat badan Amri yang sasa itu membuatkan dia 'angkat kain putih' ja lah.

"Dah dah berenti main. Jom bukak TV" Damiya mencelah, lalu dipasang nya suis TV untuk membuka berita.
Hanya di TV3 hehe.

🐱🐱🐱

Angka 103 ditekan. Lalu terpampanglah di hadapan mereka, berita siaran langsung dari ibu negeri Pulau Pinang, Georgetown.

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Sekarang saya berada di daerah Georgetown, Pulau Pinang. Keadaan di sini sangat tidak terkawal dan huru-hara disebabkan 'kehadiran' sejenis makhluk ganas. Mereka tiba-tiba sahaja muncul dari arah pusat pengumpulan sampah sarap yang sudah lama terbiar. Anda juga boleh lihat keadaan di sekeliling saya sekarang"

Kamera yang sedang merakam dialihkan ke arah manusia yang sedang menggelupur dan cuba untuk bangun. Seterusnya, kamera dibawa pula menuju ke satu arah beberapa buah kereta yang terbakar. Dan akhir sekali ke arah sampah-sarap yang bertaburan di jalanan seperti dicarik-carik oleh 'makhluk buas' itu.

"Tiada siapa di sini yang masih hidup, hanya tinggal kami sahaja di sini.
ARGHHHHHHHHHH!!!!..."
Kamera bergegar, lalu jatuh ke tanah.
".... TO-TO-TOLOONGG!! " Kata-kata terakhir wartawan itu sebelum dia jatuh tertiarap dan wajahnya menghadap kamera yang masih berfungsi itu.

Matanya mula menghitam sepenuhnya, urat di wajahnya timbul dengan sangat jelas. Giginya yang tajam bagaikan harimau, itu sangat kelihatan menakutkan.
Kelihatan juga bekas gigitan di lehernya, dengan darah segar yang masih meleleh membasahi wajahnya.
Tiba-tiba sahaja dia bangun semula, dan mula menjadi ganas dan mula mengejar seseorang.
Serentak dengan itu TV ditutup laju oleh Hanna sebelum dia menangis kuat dek ketakutan.

"Dahsyatnya!! Aku takut! Takut sangat-sangat" Badannya menggigil, matanya juga ditutup rapat-rapat.

Kini mereka semua faham situasi yang sedang berlaku.
Empat gadis tadi mula berpelukan.
Amri dan Fariz hanya mampu melihat dan menunduk. Mereka benar-benar buntu.

🐁🐁🐁

"Zombie!" Semua orang berpaling ke arah Alisa dan Damiya yang mempunyai daya pemikiran yang sama itu.
Semua orang membuat muka hairan. Takkan Zombie pun tak tau kot.

"Ishhh! Tak mungkin lah" Fariz menolak kemungkinan tersebut. Dia cuba berfikiran positif. Namun, dia juga mempunyai pendapat yang serupa. Akhirnya, dia menerima kemungkinan tersebut dengan sangat yakin.
Amri pula hanya mengangguk dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh dua orang gadis itu.
.
.
.
.
Beberapa jam berlalu,

TENETT! TENETT! TENETT!

Jam digital milik Nur Alisa berbunyi. Mereka melihat angka di skrinnya telah pun menunjukkan pukul 4:30 petang.
Ibu bapa masing-masing masih belum pulang. Kesemua mereka sedang bimbang memikirkan nasib ibu bapa masing-masing.

"Aku lapar". Kata Alisa.

"Aku pun". Balas Amri pula.

"Kami pun!!! " Mereka yang lain serentak menyambung.

"Jom masak nak?!" Ada sedikit nada keterujaan dalam suara Alisa.

"JOMM!!" Semua sahabatnya membalas dan bersorak keriangan macam kanak-kanak dapat 'Kinderjoy'.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now