BAB 9 : Lari

92 17 0
                                    

Kumpulan Haziq, di Perak.

"Aku tak kira, kita kena cari jalan untuk lepas pagar besi tu. Penat-penat kita datang sini, diorang tak nak bukak pulak pagar ni. Kita bukan dijangkiti pun. Huh!"
Rungut Haziq sambil merengus marah. Dia hanya memerhati sahaja askar yang menjaga sempadan tersebut dengan jelingan tajam dalam kedinginan malam. Siapa yang pandang pasti seram!
Namun, askar tersebut langsung tidak menghiraukannya.

"Jangan lah macam ni tuan, kami tak dijangkiti lagi. Benarkan jelah kami masuk." Rayu Izzat.

"Maaf, saya tak boleh benarkan kamu semua melepasi pagar besi ini. Pagar ini hanya boleh dilepasi pada waktu siang bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang."
Terang salah seorang askar yang kelihatan agak simpati dengan mereka.

"Baiklah kalau macam tu, kami akan kembali ke sini semula esok."
Beritahu Haziq dengan nada sedikit lega.
Askar yang baik hati tadi hanya mengangguk dan kembali ke posisinya semula.

"Sekarang pukul berapa Izzati?" Tanya Safrina.

"Baru Pukul 8:00.Hmm lambat lagi ni." Jawab Izzati.

"Aku dah lapar lah, dari siang tak makan. Aku rasa kita kena cari jugak tempat sementara untuk kita rehat dan solat." Izzat memberi cadangan.

"Kita pergi ke bandar, boleh?" Soal Haziq kepada semua ahli kumpulannya.

"Boleh!" Jawab mereka semua.

"Okay, baguslah kalau semua dah setuju. Kita gerak sekarang!"
Ajak Haziq, lalu mereka semua bergerak menuju ke kereta dan enjin mula dihidupkan.

Tetapi, kali ini Izzat pula dengan rela hati ingin memandu kerana dia mahu memberi ruang untuk Haziq berehat.

Kereta mereka meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.
.
.
.
.
Beberapa minit kemudian.

KABOMM! BANG! BANG! BANG!

Asap memenuhi ruang udara. Mayat askar bergelimpangan di merata tempat. Satu persatu mayat mayat mereka ditembak di kepala oleh tiga orang lelaki bersenjata.

"Tuan, silakan masuk."
Kata, seorang lelaki yang bertubuh agak sasa itu.

"Heh! Inilah balasannya kalau cuba halang aku. Mereka tak kenal aku ni siapa!"
Kata si ketua yang kejam dan paling gergasi di antara ketiga-tiga orang tersebut. Sambil berjalan melepasi pagar besi yang tinggi dan berlubang besar di tengahnya itu, si ketua hanya tersenyum sinis ke arah askar-askar yang sudah tidak bernyawa itu.

"Memang terbaik lah rancangan tuan ni."
Seorang lagi lelaki bersuara dengan senyuman bangga kerana dia baru sahaja mengebom tempat tersebut dengan bom buatan tangannya.
Dasar manusia tak berhati perut!

🐱🐱🐱

Kumpulan Shahrul.

"Wahai rakyat jelata sekalian, kita hampir tiba ke destinasi yang dituju. Rasanya anda semua dah boleh bangun kot. Hehe, sekian terima kasih." Beritahu Shahrul dengan wajah yang keletihan dek penat memandu.

Semua rakan yang lain segera bangun dengan wajah mengantuk teramat.

'Eleh, bukannya bawak kereta pon. Heh! Podaaa daa.' Bisik Shahrul di dalam hati.

"Weyh, aku mengantuk lagi laah. Huwargh." Atiqah menguap buat kali ke lima julung kalinya.

"Pfftt, kau ni dah kenapa atiq?! Hahahah! Muka Dah macam cacing kebulur aku tengok." Usik Irdina yang sudah terjaga. Nak pula tengok muka Atiqah yang baru bangun tidur macam tu.

"Diam lah kau itik!" Marah Atiqah.

"Aku manusia lah! Bukan itik. Kau tu kang..." Belum sempat Irdina menghabiskan kata-katanya, laju sahaja Shahrul mencelah.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now