___________Imbas kembali___________
"Along, along buat ape tu? Nak buat jugak! Nak buat jugak!" Jerit suara kecil milik Hanna.
"Mana boleh, bahaya lah. Pergi main jauh-jauh." Hakim yang sedang asyik dengan eksperimennya itu langsung tak endah kan adiknya.
TOK! TOK! TOK!
Hakim yang menangkap bunyi tersebut terus melompat turun dari kerusi.
Pintu rumah dibuka, laju sahaja dia memeluk ibunya. Tetapi ibunya menolaknya dan memeluk Hanna. Ayahnya yang juga baru sampai menggeleng kepala melihat sikap isteri itu.
Hakim tertunduk lalu berjalan menuju ke bilik"Kejap Akim, ayah ada sesuatu untuk Akim." Panggil ayahnya.
Hakim kembali tersenyum. Dia berjalan ke arah ayahnya dengan perasaan teruja.
"Nah, satu set peralatan untuk buat eksperimen. Apa sahaja untuk anak kesayangan ayah." Ayahnya mengucup dahi anak lelakinya yang seorang itu.
"Terima kasih ayah! Akim saaayang ayah." Hakim yang masih teruja terus berlari anak menuju ke makmal mini miliknya semula.
"Abang jangan la manjakan dia sangat, dia kan dah besar... Dah 10 tahun dah. Tak payah la nak bagi hadiah bagai." Marah si ibu.
"Apa kena dengan awak ni? Biarlah saya nak bagi apa pun dekat dia, dia kan anak kita." Balas di ayah.
"Dia anak awak! Bukan anak saya!" Tengking si ibu semula.
Hanna yang tidak tahu apa-apa mula berasa takut lalu pergi mendapatkan abangnya.
"Tengok tu, Ana pun takut dengar suara awak yang macam singa tu. Hal kecil kot, tak payahlah nak besar-besarkan. Saya tahu awak benci dengan Akim, dengan arwah isteri saya dulu. Tapi, sampai bila? Sampai bila awak nak bencikan Akim? Dia tak bersalah dalam hal ni, awak faham tak?!" Si ayah sudah tak tahan dengan sikap si ibu yang makin menjadi-jadi.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Avventura"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...