BAB 3 : Risau

175 20 0
                                    

Di atas kapal terbang Air Asia,
menuju ke Jepun.

Puan Aminah menangis semahunya, kemudian dia ditenangkan oleh Encik Hanif.

"Bang, macam mana lah keadaan Lisa kat sana? Huuu~" Sudah masuk kali kelima soalan itu diulang Puan Aminah, sepanjang 3 jam mereka berada di atas kapal terbang.

"Mungkin dia selamat dalam jagaan pasukan penyelamat tadi, lagipun kita dah cari dia semua tempat. Sabar ja lah Nah" Encik Hanif menenangkan isterinya lagi.

Puan Aminah menoleh ke belakang melihat ibu bapa kepada Damiya, Hanna, Fariz, Amri dan Sarah. Mereka juga mengalami nasib yang sama seperti Puan Aminah dan Encik Hanif.
Kesedihan mereka tidak dapat digambarkan. Wajah ibu bapa masing-masing hanya pasrah menanti berita daripada Malaysia tentang anak-anak mereka.

Tiba-tiba, ingatan Puan Aminah menerjah.

___________Imbas kembali___________

"Lari! Lari! " jerit seorang pemuda yang bekerja di bahagian unit rawatan rapi ICU.
Mengejutkan Puan Aminah yang sedang merawat pesakitnya. Puan Aminah menoleh ke arah pemuda itu dan berjalan meninggalkan pesakitnya untuk meninjau apa yang berlaku di bilik rawatan ICU tersebut.
Dia cuba melihat kalau-kalau ada pesakit yang diserang sawan atau mengalami gangguan mental di dalam bilik rawatan tersebut. Namun apa yang dilihat tidak sama seperti yang difikirkannya, dia terkejut melihat keadaan di dalam bilik rawatan tersebut kerana pesakit di dalamnya seperti terkena sawan teruk.
Dia lekas menutup pintu bilik rawatan tersebut dan berlari untuk mendapatkan suaminya yang juga bekerja sebagai doktor pakar bedah dalam hospital yang sama.
Sebaik ternampak kelibat suaminya, dia tidak sempat berkata apa-apa kerana suaminya terlebih dahulu bersuara.
"Nah, mari kita keluar dari sini sekarang! Kita pergi ambil anak-anak kat sekolah. " Kata Encik Hanif dalam keadaan terburu-buru.
Puan Aminah tanpa membantah terus mengikuti suaminya hingga ke tempat parkir

Di tempat parkir,

" Ya Allah, bang! Apa dah jadi ni? Kenapa kotor sangat tempat ni?! "
Puan Aminah bertanya kepada suaminya yang sedang menghidupkan enjin kereta.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now