Johor, 9.00 malam.
"Maryam..." Panggil Nadia lembut.
"Jom." Sambungnya lagi.
"Jom?" Maryam tidak faham.
'Asal aku pulak...ajak la orang lain...please, aku tak nak kena smackdown dengan kauu.' Maryam gelisah."Jom kita pergi shopping berdua." Senyuman manis diukir mesra.
"Lahh, saya ingat cik Nad.."
"Panggil Kak Nad je. Tak payah formal sangat."
Kepala diangguk faham.
"Saya ingat Akak nak ajak gaduh tadi.""Gaduh??Apasal pulak? Muka akak nampak macam tu ke?" Nadia seraya memegang bahu Maryam. Risau juga, kalau orang lain fikir benda yang sama terhadapnya.
"Taklah...mungkin perasaan saya je kot. Hahaha." Maryam tergelak hambar.
"Ah. Nevermind. Akak nak ajak Mar pergi shopping je. Sambil-sambil tu boleh la kita gossip pasal cousin akak yang sorang tu." Nadia menunding jari ke arah Asyraf.
Asyraf yang perasan, menjeling tajam.Maryam tersentak.
'Biar betik. Aku mati-mati ingat diorang tu ada...ahh sudah...Apalahh yang dia dah cakap dekat Kak Nad.'
Wajahnya ditekup kerana malu."Mar...okay tak ni?"
"Oo-ok kak. Eh, tadi cakap nak pergi shopping."
"Yalah, dah lewat ni. Jum jum."
Tangan Maryam ditarik masuk ke dalam keretanya.Sebelum kereta dihidupkan. Maryam sempat memberitahu rakan yang lain bahawa dia akan pulang bersama-sama Nadia nanti.
Tidak lama kemudian, bayangan kereta Nadia hilang sekelip mata."Alaaa, dia dah bawak Maryam pergi. Hmm." Asyraf membuat mimik muka sedih.
"Chill lah bro. Aku kan ada." Jimmy sengaja menyentuh tangan Asyraf.
"Eeew...Gelilah bangang." Pertama kali tangannya hinggap di belakang Jimmy.
Sakitnya tuh di sini...Rasa sangat menyengat di tengah belakang.
"Eiii, sakitlah." Kata Jimmy sambil menggosok belakangnya.
"Ha tu lah, gatal sangat."
Jimmy tersengih.
Shopping mall, 9.15 malam.
Memandangkan malam itu shopping mall sesak, mereka terpaksa memilih Kafe Starbucks untuk dijatikan tempat 'melepak'.
"Akak, boleh tak akak explain sikit pasal kes Hakim tu?" Pujuk Maryam.
"Hmm. Baiklah." Nadia membuka cerita yang sama seperti yang dia bincangkan bersama-sama Asyraf dan Jimmy siang tadi.
Malam itu, banyak yang mereka lakukan.
Paling menyeronkkan, ketika mereka ke arked untuk bermain perbagai jenis game di sana.
Tidak kurang juga, pakaian yang cantik-cantik Nadia belikan untuk Maryam."Thanks for everything kak." Maryam mengucapkan terima kasih kerana malam itu...dia dapat kurangkan rasa sedih atas kehilangan ramai insan dalam hidupnya.
"Akak anggap, Mar macam adik akak sendiri. Ash tu pun dah macam adik akak juga. Dia anak tunggal, hidup dia kosong sejak ayah dia meninggal dunia. Tapi, akak perasan sejak dia kenal keluarga Mar...Dia banyak berubah. Akak pun tak sangka sebenarnya." Luah Nadia dengan nada yang bercampur-baur.
Mereka saling mengucap selamat tinggal.
.
.
.
Titt! 12.00 tengah malam."Aduh, lupa bawak kunci pulakk." Maryam gelabah mencari telefon bimbitnya.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Adventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...