BAB 20: Korban Mayat Hidup

60 6 0
                                    

8. 00 malam,
Di Hotel Seri Malaysia.

"Mama kami sudah pulang mana janjinya?" Izzarul menyanyi dengan girang sekali.

"Cucur adabi yang enak!" Sambung Nurin kemudian kedengaran tawa dari mereka yang lain.

Walaupun kedua-dua mereka sudah kehilangan orang yang tersayang, tidak bermakna mereka tidak boleh merasai kegembiraan seperti kanak-kanak yang lain.

Tambahan pula, ada orang yang masih sayang pada mereka. Itu yang dapat mengekalkan sifat ceria yang ada pada mereka berdua. Maybe.

"Seronok jugak, bila berkumpul macam ni. Rasa macam tengah camping." Kata Farizal.

"Betul, betul." Kata Hanie pula.

Tiba-tiba, Asyraf bangun.
"Weh, aku nak pergi bilik sebelah kejap." Katanya.

"Jom, aku ikut. Bahaya kat luar tuu." Farizal bingkas  bangun dan berdiri di sebelah Asyraf.

Asyraf dan Farizal pun pergi ke luar bilik hotel sambil meninjau keadaan sekeliling. Keadaan di luar gelap gelita.

"Uish, gelapnya. Kau betul-betul ke ni Ash?" Soal Farizal.

"Of course , kalau kau takut pergi la duduk dalam." Usik Asyraf.

"Kau jangan pandang aku sebelah mata eh." Balas Farizal.

"Aku gurau je. Eh, aku lupa bawak kad la. " Asyraf menepuk dahi kerana terlupa membawa kad untuk bilik tersebut.

"Haih, kau ni memang. Muda-muda lagi dah nyanyuk. " Farizal menggelengkan kepala.

"Hehe...Kauu nak ikut aku ambik?" Tanya Asyraf.

"Kau pergi la, dekat je pun." Tanpa menoleh ke arah Asyraf, Farizal menjawab.

"Okay, Tunggu ehh. Jangan terkencing kat sini sudah." Sempat lagi Asyraf mengusik.

Asyraf menapak semula ke bilik mereka. Kad yang tertinggal dicapai. Dia kembali ke bilik yang menempatkan zombie Maryam tadi.

Dia tercari-cari kelibat Farizal.
"Mana pulak dah dia pergi nii." Asyraf terpinga-pinga.

"Cakk." Dengan lampu suluh yang disuluh tepat ke wajahnya, Farizal menggempar Asyraf.
Asyraf, secara spontan  menampar wajah Farizal.

Farizal mengaduh kesakitan.
"Aduh! Sakitnya~ Sorry la, niat nak gurau je. Tak sangka dapat penampar sekali." Kata Farizal sambil mengusap pipinya.

Tanpa menghiraukan Farizal, Asyraf cepat-cepat membuka pintu bilik yang berada di hadapannya.

Lampu bilik juga dibuka,
mereka berdua masuk ke dalam dengan sangat berhati-hati.

Air muka Asyraf serta-merta berubah, sebaik ternampak pintu bilik air terbuka.

"M-mustahil, aku dah ikat di dengan rantai besi Rizal. Takkan boleh lepas jugak." Kata Asyraf terketar-ketar.

Anak mata Farizal meliar mencari kelibat Maryam. Dia menangkap satu susuk tubuh yang sederhana tinggi, bermata hitam dan gigi dipenuhi kesan darah sedang berjalan perlahan ke arahnya.

"Asyraf~. Tuuu dia datang." Farizal menepuk bahu Asyraf.

Asyraf ternampak selimut dan mengambilnya dengan cepat.
Dengan kudrat yang ada, dia berlari sepantas yang mungkin ke arah Maryam.
Tidak lama kemudian, seluruh badan gadis itu berjaya ditekup menggunakan selimut.
Keadaan jadi serba kalut waktu itu.

Maryam pun menggelupur seperti orang gila di dalam selimut. Farizal membantu Asyraf dengan mengikat gadis itu di birai katil supaya dia tidak lari buat kali kedua.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now