Kumpulan Asyraf dan Farizal.
Berada di tingkat 2."Betul lah apa yang kita dengar tadi, bunyi tembakan. Tak salah lagi, aku yakin sangat!" Farizal mengangkat jari telunjuknya.
"Betul kami semua sokong!" Farizal bangga apabila yang lain menyokong pendapatnya.
"Jadi, apa kita nak buat?" Haqriz menyoal.
"Kita keluar lah. Abang ni pun tu pun tak boleh fikir?" Nurin menegur abangnya.
"Yelaa abang mengalah, meh sini duduk atas riba abang. Alololo comelnya adik abang sorang ni." Nurin terus berlari mendapatkan abangnya dan melompat ke atas ribanya.
"Hahaha, lawak lah korang berdua ni. Macam Atirah dengan Safrina pula aku tengok. Macam mana lah keadaan diorang kan hmm." Wajah Hanie yang gembira kembali suram.
"Aku rindu adik aku lah Hanie." Wajah Atirah juga suram mengenangkan nasib kembarnya itu.
"Jangan risau lah awak, mereka mesti selamat dalam jagaan Haziq. Lagipun saya ada rancangan ni!" Faiz cuba memujuk Atirah.
"Macam ni, kita keluar dari salon ni turun ke bawah dan masuk dalam van kita semula. Kita ajak la Haqriz dengan Nurin sekali. Lepastu, jangan lupa bawa senjata juga sebab kat luar bahaya sangat. Amacam? Setuju?" sambung Faiz lagi.
"Aku setuju, tapi muat ka van kita tu dengan keadaan Maryam sekarang ni lagi bahaya, tambahan pula ada Nurin. Dia kan kecil lagi." Asyraf menambah.
Haqriz dan Nurin saling berpandangan sebaik sahaja mendengar nama yang sangat mereka kenali.
"Maryam?!" Mereka berdua serentak berkata."Ya kenapa macam terkejut ni?" Asyraf terkejut dengan reaksi dua beradik itu.
"Erm, nama dia Maryam apa eh?" Soal Haqriz dengan wajah penuh tanda tanya.
"Maryam Arina." Jawab Asyraf.
"Nama penuh?" Soal Haqriz lagi.
"Maryam Arina Binti Hisyam." Jawab Asyraf dengan hairan.
"Hah! Itu laa sepupu kami. Yen(panggilan manja Nurin) dah agak dahh! Nak ikut! Nak ikut! Nak jumpa kak Maryam!" Nurin melompat-lompat dan meruntun tangan Asyraf kerana ingin mengikuti mereka berenam keluar dari salon itu.
"Sepupu?!" Kini semua rakan yang lain juga terkejut dengan jawapan spontan daripada Nurin.
"Adik pasti ka?" Asyraf duduk melutut dan memandang tepat ke ke arah Nurin.
"Pasti! Kan abang kan." Nurin selamba menjawab.
"Iya, betul. Nama sepupu kami tu Maryam Arina Binti Hisyam. Umur dia 17 tahun sekarang. Dan dia tinggal di Pulau Pinang, di Taman Merpati Putih. Dia ada sorang adik perempuan nama Marina. Betul tak?" Penerangan penuh tentang biodata Maryam daripada Haqriz telah membuatkan sahabat-sahabat yang rapat dengan Maryam ternganga.
"Ya betul tu!" Asyraf mula teruja.
"Tapi, sekarang dia.." Namun keterujaan dia tidak bertahan lama, semasa dia ingin memberitahu keadaan Maryam kepada dua beradik itu.
"Dia apa?" Soal Nurin.
"Dia sekarang dah jadi zombie." Asyraf mulai teresak.
"Sabarlah bang. Jangan lah sedih-sedih, kita kan sedang berusaha untuk cari penawar untuk penyakit ni. Abang ingat lagi tak?"
Pujuk Amri."Iya lah. Betul tu!" Dikukuhkan lagi dengan sokongan Alisa.
"Apa?! Maryam Dah jadi zombie?!" Haqriz sangat terkejut dengan berita itu. Dia pun mulai teresak.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Adventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...