BAB 15: Misteri Bilik 39

75 10 0
                                    

Jam 2.34 petang,
di Hotel Seri Malaysia, Perak.

Setelah lama berehat, Haqriz bercadang untuk meneruskan rancangan mereka semula walaupun kehilangan beberapa orang ahli yang sangat penting.

Suasana menjadi hiba dan kurang tenteram.
Hanie dengan Alisa masih memujuk Izzati yang tidak mahu berganjak dari katil sedari tadi.

"Kau janganlah sedih sangat pasal Safrina tu. Kita kan sedang cuba sedaya upaya untuk mencari punca semua ni berlaku." Hanie cuba memujuk.

"Betul tu akak. Kalau akak terus jadi macam ni nanti akak boleh jatuh sakit tahu tak. Nanti siapa yang susah? Kami jugak kan." Pujuk Alisa pula.

"Tak apa lah kalau kau tak nak keluar dari bilik ni, aku tak nak paksa. Erm Fariz! Miya!"

"Ya akak." Balas mereka berdua.

"Tolong jaga Kak Izzati ya. Kami pergi dulu Izzati. Bye." Pinta Hanie.

"No problem lah kak."

"Awak tolong jaga diri sama ya." Izzat menasihati Izzati walaupun dia tahu Izzati tak mengendahkan kata-katanya.

"Hati-hati semua. Kami doakan korang selamat." Kata Damiya.

"Terima kasih." Ucap Haqriz sebelum keluar dari bilik dengan sangat berhati-hati kalau-kalau zombie Safrina datang semula.

Mereka mula berpecah mengikut kumpulan yang ditetapkan tadi.

Haqriz, Hanna dan Izzat menaiki kereta milik Haziq.

Hanie, Farizal, Nurin dan Izzarul pula menaiki van yang dipandu Farizal.

Manakala Asyraf, Amri dan Alisa tidak perlu menaiki kenderaan kerana mereka hanya perlu mencari survivor yang mungkin masih hidup dan selamat di setiap bilik di dalam hotel tersebut dan sekitar kawasan hotel.

Sebelum Haqriz bergerak keluar, dia sempat meminta Asyraf agar mencari Haziq, Faiz serta Atirah di bilik 39.

🐱🐱🐱

"Hmm, bilik 39 ya... " Bisik Asyraf perlahan agar tidak didengari oleh Amri dan Alisa.

"Alisa, Amri. Korang berdua boleh pergi cari survivor di sekitar hotel ya. Tapi ingat, jangan melencong ke tempat lain. Faham? " Arah Asyraf.

"Faham. Tapi Abang Ash pulak macam mana? Boleh ke cari sorang diri?" Soal Amri dengan nada risau.

"Tak apa, abang nak pergi cari dalam bilik-bilik yang ada dalam hotel ni je. Jadi, tak perlulah risau tentang abang."

"Baik. Mari! Lisa." Alisa hanya mengekor di belakang Amri.

Setelah mereka berdua berlalu Asyraf pergi ke bilik bernombor 39. Bilik itu terletak tidak jauh dari bilik hotel yang mereka duduki sekarang. Dengan berhati-hatinya dia bersandar pada pintu bilik tersebut dan meletakkan telinganya di situ.

Tiada apa-apa bunyi. Disebabkan dia hanya seorang diri, dia mengambil langkah berhati-hati iaitu tidak mahu membuka pintu bilik tersebut terlebih dahulu. Sebaik sahaja dia ingin melangkah pergi telinganya menangkap satu bunyi aneh dari dalam bilik tersebut.

Niatnya untuk pergi juga terbatal.
Bunyi itu semakin jelas. Dan lebih jelas lagi sebaik Asyraf meletakkan telinganya di pintu.

Uhuk! Uhuk!

"Ada orang ke dalam ni? Hmm, tapi macam mana nak bukak pintu ni eh?"
Asyraf berfikir. Dalam masa yang sama dia risau kerana dia hanya berseorangan diri. Maka, dia memilih untuk menunggu kepulangan Haqriz.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now