PRANG!
Pasu bunga dibaling oleh Hakim hingga pecah berderai.
"Aku dah cakap! Buat kerja pakai otak! Apasal lembab sangat?!" Marahnya sebelum menumbuk meja. Kaki dihentak berkali-kali, tak ubah macam kanak-kanak rebina.
"Sekarang Hanna dah jadi mangsa disebabkan budak tu! ARGGHHH!" Hakim menjerit geram.
Sekali lagi, dia menendang meja hingga terbalik.
Imran dan Safwan terkedu. Masih lemah untuk bersuara."M-maafkan kami Akim~" Kata Safwan dengan nada perlahan. Dia duduk melutut sambil memandang wajah Hakim.
Imran tidak menyangka tindakan Safwan. 'Apalah yang ditakutkan sangat dengan Si Hakim tu. Sembang je lebih.'
Namun, Imran merasakan bahawa sesuatu yang tidak baik bakal berlaku."Apa kau cakap?! Maaf?! Kepala hotak kau!" Hakim menyinga.
"Aku akan cari budak tu sekarang." Imran menghela nafas berat lagi setelah lama mendiamkan diri.
"Heh! Kau tak payah la nak buat lawak kat sini! Kau tu yang paling lemah tahu?" Hakim sengaja menguji Imran dengan sindiran.
"Habis, kau? APA YANG KAU ADA?! PENGECUT!" Jerkah Imran lalu menolak Hakim hingga jatuh terduduk.
Safwan tidak menyangka Imran seberani itu. Tanpa disuruh, dia menolong Hakim untuk bangun.
Hakim tersenyum sinis dan membetulkan kolar jaketnya."Hebat! Ada potensi...Hmm, baiklah aku percayakan kau. Tapi kalau tipu aku, awas!" Hakim mengakhiri bicara dengan amaran keras. Imran mula merasakan bahawa Hakim sangat-sangat menjengkelkan dan poyo!
Dia menjeling tajam ke arah Hakim.Hakim kemudiannya sambung menangis di dalam bilik, mengenangkan adik perempuannya.
'Aik?' Imran tahu kesihatan mental Hakim semakin merosot sejak akhir-akhir ini."Wow! Bravo!" Safwan menepuk belakang Imran yang tertunduk keletihan.
"Blah la kau..." Imran masih tiada mood untuk melayan kerenah Safwan.
"Eleh..." Safwan mencebik.
🌻🌻🌻
Kaki dilangkah lemah, Asyraf berpaut pada bahu Rafiq kerana cedera di kakinya masih belum sembuh.
"Abang, Iz laparlah." Kata Izzarul sambil menggosok perutnya. Wajahnya pula comot dengan kesan darah semalam.
"Nanti bila dah tempat baru, kita cari makanan ye." Pujuk Fariz. Di mengeluarkan sehelai sapu tangan miliknya dan mengelap wajah Izzarul penuh kasih.
"Haa baru comel macam ni." Fariz menggosok kepala Izzarul.
Damiya memandang Fariz sekilas sebelum tersenyum sendiri. Dia terpikat dengan sifat yang ada pada diri Fariz.
"Geng! Aku nampak macam ada khemah-khemah lah kat sana..." Beritahu Rafiq tanpa ragu-ragu.
"Kau seriuslah, tengah-tengah hutan kott..." Asyraf tidak percaya hinggalah dia sendiri nampak ada beberapa buah khemah masih elok kedudukannya tidak jauh dari situ.
"Eh. Betul lah." Kata Fariz.
"Jom."
"Nanti dulu." Asyraf menghalang Fariz daripada terus ke sana kerana bimbang jikalau ada zombie berkeliaran di sana.
Setelah diperhati betul-betul. Dia yakin tempat yang mereka tuju sangat selamat malah strategik kedudukannya di dalam hutan.
"Fuh siap ada makanan tin lagi." Rafiq mengambil salah satu tin dari khemah tersebut.
Maryam mengambil sebuah beg dan menolak daun-daun kering yang menutupi sebahagian kawasan perkhemahan.
Usai mengemas kawasan tersebut barulah mereka boleh kembali menghela nafas lega.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Adventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...