"Jadi, pintu yang pecah tu abang Akim lah yang letupkan?" Soal Hanna setelah lama mendiamkan diri.
"Yes." Safwan menjawab.
"Abang Imran sekarang ada di mana?" Tanya Hanna lagi.
"Yang tu abang tak tahu. Yang pasti waktu pintu tu diletupkan, bayang abang Im pun hilang . Entah hidup ke tak lagi mangkuk tu." Kata Safwan dengan geram. Dia yang semakin membara terus berlalu ke dalam biliknya.
"Eh, dia pun sama? Hmm." Hanna mati kutu. Tak tahu apa yang hendak dilakukan sekarang. Dia pun masuk ke dalam sebuah kamar yang kosong lalu merebahkan diri di atas sebuah katil queen.
Disebabkan terlalu letih, dia melelapkan matanya tanpa menghiraukan bunyi bising zombie-zombie di bilik bersebelahannya hinggalah tertidur nyenyak.Jam 4.00 petang,
di sebuah pasar raya besar."Haih, sebab ni la saya tak nak bagi diorang jalan sendiri." Kata Hanie dengan perasaan bercampur baur. Manakan tidak, Izzarul dan Nurin sedari tadi masih belum muncul.
Merata Hanie dan Farizal cuba cari mereka tapi masih belum jumpa.
"Jangan-jangan diorang kena culik?!"
"Ish awak ni pepandai je. Cekik kang." Tegur Hanie.
"Hahaha, saya gurau je lahh..."
"Waktu ni lah nak gurau bagai." Marah Hanie lagi.
Sementara itu, Nurin dan Izzarul yang berada di tandas.
"Lambat lagi ke Yen!" Laung Izzarul dari luar tandas.
Tiada sahutan. Izzarul memanggil buat kali kedua.
"Assalamualaikum, Yennn oo Yennn..."
Masih tiada sahutan. Dia mula diselubungi rasa seram."WARGHHHH!" Nurin menyergah dari belakang.
"Aaaaaaa tidakkk...Jangan kacau aku! HUWAAAA! " Izzarul terus menangis teresak-esak.
"Eh? Laah nangis pulakk hahahaha...Iz ni macam bebudak arhh. Nangis pulak dia... Dah laa jangan la nangis..." Nurin cuba memujuk.
Pujukannya berjaya dan Izzarul tertawa sama-sama dengannya."Dah jom pergi dekat kak Hanie dengan abang Farizal." Ajak Nurin.
Izzarul mengangguk dan berlari anak mengikut Nurin dengan tangan yang penuh.
Sebaik ternampak kelibat Farizal dan Hanie, Nurin dan Izzarul berlari ke arah mereka.
"Mintak maaf kak, abang. Kami pegi tandas jap tadi hehe... Yen sakit perut lah." Beritahu Nurin
"Ya Allah tangan sampai dah penuh HAHAHAH Cute lahh. Haih, kau orang ni buat kami risau tau... Lain kali, nak pergi mana-mana bagi tahu kami dulu yer." Tegur Hanie.
"Baik ibu, ayah. Pftt.. HIHIHI." Mereka berdua ketawa berdekah setelah berjaya mengenakan Hanie dan Farizal. Manakala Hanie dan Farizal serentak menggeleng kepala dengan sikap nakal Izzarul dan Nurin.
"Hanie, harini berapa haribulan? Dan hari ni hari apa?" Soal Farizal secara spontan.
"Aa, Hari ni Khamis, 27 April 2019."
"Amboi perli ke?" Kata Farizal.
"Mana ada, kena la bagitau dengan detail baru senang awak nak ingat tarikh date kita ni aisy!" Hanie menekup muka. Malu lah kononnya.
"Aieyy dia ni boleh pulak macam tu." Farizal juga sama naik dengan Hanie tapi dia kembali serius dan berkata.
"Jadinya, sekarang ni dah masuk hari ketiga dah la kita survive kan?."
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Pertualangan"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...