BAB 10 : Pertemuan

112 17 0
                                    

Di dalam kereta dinaiki Haziq.

Sesampai sahaja mereka di bandar, kawasan tersebut lebih teruk dari yang mereka sangkakan. Banyak kebakaran di jalan raya pada ketika itu. Hanya bunyi rengusan manusia bagaikan berpuluh, malahan seperti beratus orang sedang merengus seakan-akan tidak mengalu-alukan kedatangan mereka.

"Patah balik! Pusing cepat kereta ni!"
Arah Haziq yang sedar kehadiran zombie-zombie itu.

"Nak pergi arah mana?!" Izzat Kini mati akal, tidak mungkin mereka akan kembali ke kawasan berpagar.

"Kita pergi arah sana!" Haziq menunjuk ke arah sebuah shopping mall.
Izzat pula hanya menurut. Kereta pantas dipandu ke arah shopping mall tersebut.

Kereta yang dinaiki Shahrul.

"Diorang pergi arah sana, ikut cepat!"
Irdina segera mengarah.

"Ok!" Shahrul membalas pendek sebelum memecut meninggalkan ribuan zombie di belakang.

Kini, mereka semua hanya berserah kepada takdir. Entah, sama ada mereka akan selamat atau tidak dengan memilih jalan untuk ke shopping mall itu.

🐆🐆🐆

Kumpulan Farizal dan Asyraf.

Di dalam van yang mereka naiki sunyi sepi. Hanya rengusan Maryam yang kedengaran kuat. Namun, tidak pula mengganggu tidur manusia dia dalamnya. Si pemandu pula yang terpaksa menadah telinga mendengar dengkuran dan rengusan tersebut.

"Eh? Asap apa tu?!" Farizal memberhentikan kenderaannya di pertengahan jalan untuk memastikan apa yang dilihatnya itu betul atau tidak.

"Korang! Bangun kejap! Cepatlah, cuba tengok tu!" Farizal terus mengeluarkan suara garaunya.

Faiz yang terganggu tidurnya lantas membuka mata dan melihat apa yang cuba ditunjukkan oleh Farizal.

"Eh?! Ada kebakaran besar lah kat sana. Nak buat macam mana sekarang ni? Bukan ke, tempat tu yang kita tuju sekarang ni?! " Faiz mula gelabah. Kegelabahannya jugalah yang membuatkan semua rakan yang lain terjaga. Mereka juga mula panik.

"Semua orang bawak bertenang yer!" Farizal cuba mententeramkan keadaan yang huru-hara itu. Dia berfikir sejenak.

"Ahaa! Kita pergi ke bandar!" Jeritnya sambil mengangkat jari telunjuk.

"Bagus jugak cadangan kau tu. Aku setuju." Hanie terus saja bersetuju.

"Kami pun setuju jugak!" yang lain pun turut bersetuju dengan cadangan Farizal.

Kereta lantas dipandu ke arah yang lain. Mereka sangat berharap tempat seterusnya adalah tempat yang selamat untuk berlindung.
.
.
.
10 minit kemudian.

"Alamak! Banyaknya zombie kat sini.
Macam mana ni?!" Alisa bersuara.

"Aku tahu jalan yang selamat. Kita masuk dalam shopping mall tu. Cepat masuk lorong tu." Sikap matang Hanie berjaya menenangkan Rakan-rakannya yang lain. Malah membuatkan hati Farizal makin cair, alahai. Bergetar rusuk Farizal dibuatnya.

"Baik, let's start our new mission! Hehe." Semangat Farizal semakin membara.
Tanpa berlengah, perjalanan mereka diteruskan lagi.

🐆🐆🐆

Kumpulan Fariz.

"Miya, apa kata kita tukar arah. Sebab saya lapar lah Hehe." Fariz memulakan bicara.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now