Assalamualaikum semua, saya nak bagitau ni. Sebenarnya ada banyak watak dalam ni, cuma tunggu masa untuk dimasukkan ke dalam cerita ni jerr. Semoga pembaca semua gembira dengan cerita saya ni ya. Ok selamat membaca
______________________________________Di rumah Atiqah, Taman Merpati Putih, Pulau Pinang.
11:30 malam."Ok, sekarang kita nak buat macam mana? " Tanya Maryam kepada rakannya yang lain.
"Mula-mula, kita kumpulkan senjata yang ada. Macam kayu, pisau dan bola." Jawab Atiqah pula.
"Jap, aku tanya. Apa function bola tu eh?" Tanya Maryam pula.
"Bola tu untuk kau ngorat Asyraf." Selamba sahaja Irdina mencelah.
Asyraf hanya mampu menghadiahkan jelingan maut kepada Irdina."Bola tu mestilah untuk jadi pengapit kau dengan Asyraf! Muahahahah. "
Shahrul pula bersuara, sambil ketawa memecah kesunyian dan cuba menceriakan keadaan yang agak serius itu.
Shahrul juga menerima jelingan maut dari Asyraf dan Nik."Dah dahh! Jangan gaduh. Maryamm sayang, bola tu banyak kegunaannya tau. Bola tu lah yang akan jadi penyelamat kita kalau zombie tu cuba kejar kita dari jauh. " Terang Atiqah kembali, panjang lebar.
"Oooo." Balas Maryam pendek.
"Lepastu, kita nak buat apa pulak? "
Tanya Shahrul pula."Kita keluar dari rumah aku ikut pintu belakang. Lagi selamat. " Jawab Atiqah.
"Haa, ada apa-apa yang kau orang nak tanya?" Asyraf bersuara.
"Kalau tak, aku nak tanya pulak ni."
Sambungnya lagi.Semua rakannya menggeleng.
"Ok soalannya, ke mana arah tuju kita sebenarnya wahai sahabat kesayanganku sekalian. Hehe." Katanya, sambil memandang ke arah Maryam.
Maryam pula hanya tersenyum leret."Haah, tu la. Aku pun pelik, kita sebenarnya nak pergi mana. Ada ke tempat yang selamat?" Nik cuba menyokong kata-kata Asyraf tadi.
Semua orang terdiam, berfikir ke mana arah tuju mereka seterusnya."Aku rasa aku tau tempat yang selamat untuk kita pergi. Tapi kita tak boleh keluar ikut pintu belakang...."
Kata Shahrul sebelum menyambung ayatnya.
"...sebab kita kena naik kereta. "
Semua orang terkejut selepas tamatnya kata-kata Shahrul."Biar betik kau!!" Asyraf dan Maryam serentak berkata, sebelum mereka semua ketawa.
"Aku serius ni! Tapi aku nak tanya tuan punya kereta ni dulu. Boleh ke tak Atiq?" Tanya Shahrul dengan muka tak berperasaannya itu.
"Aku izinkan, tapi kau betul-betul reti bawak ke ni?" Tanya Atiqah untuk memastikan bahawa Shahrul benar- benar boleh memandu.
"Okay cun! Mestilah boleh! Tengok kaki lah." Kata Shahrul dengan bangganya lalu disambut dengan tawa rakannya.
"Weh, nanti kau ajar aku Eh. Boleh aku bawak Atiq jalan-jalan. " Bisik Nik kepada Shahrul.
"Ajar lah aku sekali."Asyraf menyampuk.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Avventura"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...