Di rumah Hanie, Taman Merpati Putih, Pulau Pinang.
12:50 pagi."Bangun semua. Am! Am! Junior kita tu dengan kawan-kawan dia masih hidup! Kita perlu selamatkan diorang!" Beritahu Haziq dengan nada suara yang agak kuat.
" Ya ke?! " Faiz bertanya.
" Iya! " Jawab Haziq.
" Kau, pergi kejutkan budak-budak perempuan tu." Arah Haziq kepada Farizal.
"Kau pulak, pergi call Shahrul sekarang! Kita kena gerak cepat, diorang perlukan kita sekarang ni."
Arah Haziq kepada Izzat yang masih mamai itu."BAIK! " serentak mereka berdua menjawab.
Lalu, Farizal terus ke bilik Hanie dan mengetuk pintu bilik mereka.
Kedengaran tapak kaki mereka berlari-lari anak sedang menuju ke pintu bilik.
Maka, keluarlah anak-anak dara yang tadi sedang asyik dibuai mimpi."Hah, awak nak apa? " Tanya Hanie kepada Farizal.
"Maaf ganggu tidur awak, tapi ni urgent sebab kita semua kena gerak sekarang sebab ada orang perlukan kita sekarang." Jawab Farizal.
"Siapa? " Tanya Atirah Sofea dengan polos.
" Atirah sayannngggkuuu yang comell, kita tak ada masa nak terangkan sekarang sebab kita dah nak gerak ni. Bersiap cepat. Pakai pakaian Yg tebal. Kat luar sana tu, bahaya yang amat. Saya tak nak awak cedera. Kasut tu kalau boleh pakai kasut but. " Faiz yang tiba-tiba sahaja muncul itu, menerangkan situasi dan apa yang perlu mereka lakukan dengan panjang lebar.
"Halah halahhh, time ni jugak nak bermanja bagai. Jom ah! Bersiap cepat." Sampuk Athirah Safrina pula.
"Ok Jom! " Kata Atirah Sofea sambil tersenyum. Malu lah konon!
Maka, semua anak dara itu masuk ke dalam bilik semula lalu menutup pintu.
🐢🐢🐢
Di rumah Atiqah, Taman Merpati Putih.
1:00 pagi.Baby shark dudududu....
Mommy shark dudududu....
Telefon pintar milik Shahrul berbunyi.Shahrul bingkas bangun dari tempat tidurnya dan mengambil telefon pintar miliknya yang berada di atas meja solek, di bilik utama rumah Atiqah.
Dia cepat-cepat menekan butang hijau di skrin telefon pintarnya itu."Hello, Assalamualaikum. Hah! Apa cerita Ziq. Macam mana keadaan kat rumah Hanie? " Tanya Shahrul kepada si pemanggil.
"Waalaikummussalam, hello. Eh ni bukan Haziq lah. Ni aku, Izzat. Kat sini ok jer, tapi sekarang ni kita kena gerak cepat sebab ada orang perlukan bantuan kita!" Jawab Izzat.
"Ok! aku nak siap dulu. Nanti aku call kau balik lepas semua dah sedia nak gerak. Assalamualaikum. " Bicara Shahrul mengakhiri perbualan.
🌸🌸🌸
Di rumah Hanie.
" Baik, Waalaikummussalam. "
Jawab Izzat. Maka, perbualan mereka pun tamat."Hah, macam mana? Apa dia cakap?" Soal Haziq bertalu-talu.
"Dia cakap, dia call balik nanti. Diorang nak siap sedia dulu." Balas Izzat dengan tenang.
Jarak di antara rumah Atiqah dan Hanie tidak jauh, hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Jadi, pergerakan mereka akan lebih mudah nanti.
.
.
.
30 minit berlalu.
Masing-masing sudah bersiap sedia untuk bergerak menuju ke Taman Sri Gagah bagi misi menyelamat Amri dan rakan-rakannya."Semua dah sedia nak keluar? Kalau dah, aku keluar dulu lepastu kau orang semua ikut belakang aku.Jangan buat bunyi bising sikit pun." Terang Haziq yang sudah lengkap berpakaian seperti askar. Pakaian milik bapa Hanie memang sesuai dengan penampilan dirinya.
Kini semua yang berada di muka pintu hanya menunggu masa untuk masuk ke dalam kereta Exora milik bapa Hanie dan keluar dari rumah tersebut.
"Jap, kita baca doa dulu. Meh, sini aku bacakan doa." Faiz menadah tangan dan membaca doa agar perjalanan mereka lancar dan selamat.
Usai berdoa, Haziq keluar sambil terbongkok-bongkok dan membelakangkan rakannya yang lain.Tup! Tup!
Kini, mereka sudah pun selamat masuk ke dalam kereta dan enjin mula dihidupkan oleh Haziq."Kita nak keluar dah ni, call di orang cepat, tanya diorang dah bersedia atau tak. " Haziq mengarah Izzat yang berada di sebelahnya.
Izzat segera mendail nombor Shahrul. Lalu menelefonnya.
" Hello, Assalamualaikum. Kami dah ada dalam kereta ni. Kau orang dah sedia belum? " Tanya Izzat.
" Samalah, kami pun dah ada atas kereta, tunggu kau orang semua keluar dulu lah. Lepastu kami ikut belakang. " Jawab Shahrul.
" Baik, Assalamualaikum " Izzat mengakhiri perbualan.
" Waalaikummussalam." Balas Shahrul.
"Diorang cakap kita gerak dulu, diorang ikut belakang kita nanti. " Izzat memaklumkan kepada Haziq.
" Cun! " Haziq membalas.
Pintu autogate rumah Hanie terbuka dan kereta pun telah selamat keluar dari porch.
Saat kereta mereka dan kereta Atiqah sedang bergerak menuju ke luar kawasan, taman perumahan itu, jelas sekali mereka dapat melihat Zombie-zombie yang berada di situ mengejar mereka. Nasib menyebelahi mereka kerana Zombie-zombie itu tidak sempat mengejar kereta mereka. Pergerakan makhluk itu agak perlahan. Namun wajah mereka bagai tembok itu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti koma sebulan. Seram!
Semasa kereta mereka sudah berada dalam Taman Sri Gagah tiba-tiba,
.
.
.
.
.
BANG!
BANG!
BANG!
.
Bergema bunyi itu sehingga ke pendengaran mereka.
Terkejut mereka dibuatnya, samalah juga dengan Shahrul yang sedang memandu bersama-sama rakannya.
Semua mereka tertumpu ke arah sebuah rumah yang sedang dikerumuni Zombie yang kelaparan.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Adventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...