BAB 11 : Semangat!

119 12 6
                                    

Kumpulan Asyraf dan Farizal.
Berada di tingkat 2.

"Ishh, aku risau la tinggal Maryam dalam kereta tuu. Kang dia lari keluar nih susah." Sejak mereka semua keluar dari van, Asyraf sahaja yang sibuk bertanya tentang Maryam.
Baru tinggal dah risau bagai.

'Bukan dia dah, kena ikat kah?! Whutt?! Nampak sangat dia ni tak boleh berjauhan dengan Maryam'
Bisik Amri dalam hati.

"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi besar." Faiz cuba memujuk Asyraf.

"Yalah, betul tu. Nanti kalau kita bawak dia lagi senang dia nak lari. Lagi susah. Asyraff... Asyraff..." Sokong Farizal pula.

Rakan yang lain hanya diam dan mengikut langkah orang hadapan mereka, tak lain tak bukan Faiz.

"Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah." Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang ke arah laluan ke tandas.

"Eww darah~" Hanie tidak mampu menahan kegeliannya lagi. Dia kemudiannya memaling ke arah lain.

"Akak, shh~.Dengar tak?... " Dengan nada separuh berbisik, Alisa menyuruh mereka semua diam.

"... Ada bunyi rengus dengan jerit." Sambungnya lagi.

eeeEEEEE~ huwarGHHH~eeeEEEEE

"Bunyi tu bersambung-sambung, cuba dengar bagi jelas lagi. Shhh~" Amri pula mengarah.
Perkara sama turut berlaku.

eeeEEEEE~ huwarGHHH~eeeEEEEE

"Takut laa. Jom cepat kita cari tempat sembunyi. Aku takut nih." Atirah menarik tangan Hanie dan mengajak rakan yang lain segera bergerak.

"Kejap, aku nak pergi tengok. Intai kejap je. Jangan risau." Asyraf secara sukarela ingin menjadi pemantau kawasan.

"Cepat la sikit. Kami tunggu kau." Faiz membenarkan.

Asyraf berjalan ke lorong menuju tandas tersebut dan mengintai sedikit di balik dinding.
Rakan-rakannya yang lain hanya memerhati dari jauh.
Dia ternampak pintu tandas o.k.u tertutup rapat dan disekat menggunakan kayu mop. Kedengaran juga tapak kaki berjalan menuju ke arahnya.

Langkah seribu dibuka perlahan-lahan supaya keadaan kekal terkawal walaupun dalam situasi panik.

"Korang, lari cepat. Jom! Ada zombie yang nak ikut kita. Cepat! Cepat!" Asyraf mengarah mereka semua dengan nada berbisik. Dia juga sedang berlari.

Mereka semua hanya menurut dan berlari selaju yang mungkin tanpa membunyikan tapak kaki mereka.
Namun, larian mereka bertujuh terhenti tatkala terdengar panggilan dua orang manusia.

"Berhenti! Jangan pergi arah sana, ikut sini. Ikut kami! " Dari jauh kelihatan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berlari, tetapi menuju ke arah bertentangan mereka.

Mereka semua berasa pelik, lalu melihat ke arah yang sedang mereka tuju itu. Sejumlah kecil zombie sedang mengejar. Dengan kudrat yang dimiliki, mereka semua berlari ke arah yang ditunjukkan oleh dua orang manusia tadi. Mereka mengikut manusia itu hingga sampai ke dalam sebuah salon.

Pintu salon itu ditutup rapat dan tirai hitam yang ada juga ditarik untuk menutup keseluruhan pintu tersebut.

Setelah semua mereka selamat dari ancaman zombie tadi. Mereka melepaskan keluhan penat.
"Huaaa! Penat ya ampunnn" Faiz jelas menunjukkan kepenatannya.

"Hauss! Hauss! Letih bak angg" Atirah pula selamba baring di atas sofa yang tersedia di situ.

"Nah! Minum air ni kak." Kanak-kanak perempuan tadi memberi air kepada Atirah.

Bertahanlah Selagi Mampu! Where stories live. Discover now