Mereka semua keluar dari rumah Alisa untuk mencari kenderaan yang cukup mengikut kumpulan. Jadi, mereka memerlukan lagi dua buah kereta untuk bergerak ke arah yang berbeza.
"Ada kereta kat situ. " Asyraf menunjuk ke arah kereta Jeep yang berada berhampiran mereka.
Pintu kereta itu terbuka dan kuncinya masih ada di tempat enjin dihidupkan. Memang rezeki mereka lah tu.
Maka, tanpa membuang masa Asyraf dan ahli kumpulannya pergi ke kereta tersebut lalu memenuhi ruang di dalamnya."Kita nak naik kereta mana ni? "
Soal Farizal kepada ahli kumpulannya. Semua kumpulan lain sudah bersedia di dalam kenderaan masing-masing. Hanya tinggal mereka sahaja yang masih terkontang-kanting di sekitar kawasan rumah Alisa. Mencari kenderaan untuk dinaiki.Tiba-tiba, Hanie menjerit sambil menunjuk ke arah arah segerombolan zombie yang agak besar jumlahnya semakin hampir dengan tempat mereka berada.
"Tengok tuu! Zombie tu datang! Zombie tu nak kejar kita!""Lajunya zombie tu lari! " Atirah Sofea memeluk Hanie dan berlari anak entah ke mana.
"Hey! Semua orang, ikut aku! Ada van kat sana!"
Faiz mengarah semua ahli kumpulannya menuju ke arah van tersebut.
Mereka yang kain menurut tanpa membantah."Aku bawak." Farizal laju sahaja mencapai kunci van yang masih elok berada di atas tempat duduk pemandu dan terus menghidupkan enjin kenderaan tersebut.
Tanpa melengahkan masa, kelima-lima buah kenderaan tersebut bergerak menuju ke arah yang berbeza.
Sungguh jelas dilihat. Zombie-zombie tadi hampir sahaja mencapai belakang kenderaan mereka.
Namun, pantas sahaja Farizal menekan pedal minyak lalu terselamat lah mereka dari ancaman zombie-zombie tadi."Fuhh! legaaa." Atirah Sofea menghela nafas lega sebaik sahaja kereta mereka sudah berada di persimpangan jalan.
Kini mereka hanya ingin menuju ke suatu destinasi. Iaitu menuju ke tempat yang selamat, bagi mencari bantuan.
🐥🐥🐥
"Abang Ash, abang pasti ke, tempat tu selamat ?" Soal Amri yang berada di sebelahnya itu, setelah lama mereka semua berdiam diri.
Asyraf menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
"Abang pasti, sebab wabak tu dah lama merebak. Jadi, abang yakin dekat Pulau Pinang ni mesti dah tak selamat. Amaran pun dah keluar semalam, mesti ramai orang yang dah pindah." Jawab Asyraf sambil fokus ke arah pemanduannya.
Dia juga merasakan bahawa tindakannya untuk terus memandu ke Negeri Perak itu agak mengejut. Namun, dia yakin di situ pasti akan ada tempat untuk mereka meminta bantuan ."Confident tu kena ada. Nah,ambil ni. " Maryam menyampuk menghentikan lamunan Asyraf. Dia juga menghulurkan satu tin air kopi kepada Asyraf.
"Haha, mesti. Terima kasih." Asyraf menyambut tin kopi tersebut dan menyuruh Amri membukanya untuk dia minum.
Dia meneguk air tersebut.
"Sedap, awak beli mana? "
Dia menyoal.
Maka, bermulalah perbualan semua di dalam kenderaan tersebut
.
.
.
Di dalam kereta Shahrul."Hah! Kita nak pergi mana sekarang ni?" Atiqah memandang ke arah Shahrul dan membuat muka penuh tanda tanya.
"Alaa, kan aku dah cakap sebelum kita tidur semalam." Jawab Shahrul selamba badak.
"Tapii, awak tak cakap lagi tempat tu nama apa. Haduh, boyfriend aku sorang ni pun laah." Sampuk Irdina lalu membuat muka menyampah.
"laah ya ka?!Aku tak cakap lagi eh?! " Soalan Shahrul semula.
'Boleh pulak si Shahrul ni tanya, dah sah sah dia ni nyanyuk'. Bisik Nik dalam hati dengan niat tidak mahu menyampuk perbualan rakan-rakannya itu.
"Sebenarnya, aku nak bawak kita semua pergi Perak sebab aku dengar, kat sana selamat." Jawab Shahrul terus terang.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Adventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...