Jam 3.12 petang,
di sebuah banglo terbiar."Pstt... Haqriz, kau tak rasa pelik ke dengan perangai Hanna tu. Semacam je aku tengok dari tadi. Tersenyum-senyum sorang diri. Macam ada something wrong somewhere." Bisik Izzat pada Haqriz.
"Aku pun, tapi pasal tu aku tak kisah. Yang aku fikir sekarang ni, kenapa dia bawa kita dekat tempat pelik ni?" Bisik Haqriz pula.
"Kann! Dah la kotor, banyak bangkai mayat hidup . Dia pulak macam pernah masuk je tempat ni, selok belok tempat ni semua dia tahu." Sambung Izzat.
"Sabar ye, kita dah nak sampai." Hanna yang berjalan di hadapan bersuara sambil menjeling bersama senyuman yang menyeramkan.
"Haqriz, jom la... Keluar, aku takut ni~."
Bisik Izzat sambil menarik lengan baju Haqriz."Ish kau ni...shh~" Marah Haqriz.
Sampai di hadapan sebuah bilik, Hanna mengajak mereka berdua masuk ke dalam.
"Inilah biliknya, masuklah."
"O..Okey." Jawab Haqriz dan Izzat.
Sebaik pintu dibuka, beberapa pasang tangan menarik mereka berdua masuk ke dalam bilik tersebut. Rupanya tangan-tangan itu milik zombie-zombie yang kehausan darah!
"HEY!! APA NI!! TOLONG!! ARGHHHH!! " Jerit Izzat sekuat hatinya.
"ARGHH! TOLONG!" Haqriz juga cuba sedaya upaya untuk meloloskan diri namun tidak berjaya.
Hanna menutup pintu bilik tersebut dengan setitis air mata yang mengalir.
Akhirnya, kedua-dua mereka tewas lalu menjadi zombie...
Sayangnya, harapan yang ditaruh rakan-rakan terhapus begitu sahaja. Semuanya gara-gara seorang gadis... Ya, gadis biasa yang mempunyai muslihatnya.
.
.
.
Hanna duduk bersandar di pintu bilik tadi.
Air mata yang masih belum mahu berhenti mengalir dikesat menggunakan baju yang sudah kotor.Beberapa minit berlalu, tiada lagi bunyi jeritan orang. Bunyi yang tinggal hanyalah bunyi rengusan serta deraman yang belum pernah didengarinya sebelum ini.
Saat yang dinantikan telah tiba.
Dia kelihatan sedikit teruja apabila terlihat susuk tubuh yang dikenalinya."Abang Akim!" Hanna terus memeluk lelaki yang berbadan sasa itu.
"Ana, dah besar sekarang. Dah makin cantik adik abang." Puji Hakim setelah meleraikan pelukan.
Kelihatan seorang lagi lelaki di sebelah abangnya. Dia sangat kenal dengan kawan abangnya yang sorang itu. Namanya Safwan.
"Ana, dah buat apa yang abang suruh?" Soal Hakim.
"Dah. Tapi mana kawan abang sorang lagi?" Jawab Hanna.
"Siapa? Si Imran tu? Hmmph! Jangan sebut nama budak tak guna tu!" Tengking Hakim.
Hanna tersentak. Dia lihat Safwan yang berada di sebelah abangnya menggelengkan kepala yang bermaksud 'jangan tanya soalan tu'.
Hanna kemudian mengangguk tanda faham."M.. Maaf abang. Ana takkan tanya pasal ni lagi. Janji!" Pujuk Hanna dengan mimik muka comel. Serba salah rasanya.
"Haa macam tu lah adik abang." Kata Hakim sambil mengusap kepala Hanna.
"Mari mulakan eksperimen kita." Ajak Hakim.
"Abang....betul ke diorang akan jadi manusia semula lepas habis semua ni?" Soal Hanna ragu-ragu.
YOU ARE READING
Bertahanlah Selagi Mampu!
Aventure"Habis tu? Kau nak bawak zombie tu ikut sekali? Tak fikir ke risikonya lagi tinggi." Faiz cuba memujuk Asyraf. "Hey! Korang, cuba tengok tu. Dekat lorong nak pergi tandas. Banyaknya darah!" Tiba-tiba Atirah bersuara. Mereka semua terus memandang la...