BAB 3

309 24 8
                                    


"YA ALLAH! Mama... "Meluru Naaila mendapatkan Puan Halimah yang tersedu sedan di atas lantai. Dipegang bahu Puan Halimah.

"Apa dah jadi ni ma? "Soal Naaila dengan nada terkejut. Keadaan bilik Puan Halimah juga tidak terurus dengan baju dari atas rak sudah berselerak di atas lantai. Pintu almari terbuka.

Puan Halimah menggeleng lemah. Dia takut kalau dia cerita Naaila akan semakin bencikan ayahnya. Dia tak nak semua tu berlaku.

Naaila mula mengetap gigi geram apabila soalannya dibiarkan berlalu. Dia dapat lihat Puan Halimah sekali lagi menangis tanpa suara. Dia sudah dapat mengagak bahawa si ayahnya lagi sekali buat onar.

"Mama.. Tolonglah jangan diam macam ni je... Ayah buat perangai lagi ke? "Desak Naaila kepada Puan Halimah. Dia inginkan jawapan. Kali ni, apa lagi yang ayahnya lakukan. Dia sudah tidak tahan lagi.

"Mama... "

Puan Halimah mengangkat kepala memandang wajah Naaila dengam seribu satu perasaan. Naaila dapat melihat mata Puan Halimah yang masih berkaca-kaca menahan lagi air mata yang mahu mengalir.

Naaila menghela nafas perlahan. Nafas sekali lagi ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Kalau dia tidak buat begitu mahunya segala barangan Kassim yang ada di dalam rumah ini dia bakar. Sungguh si Kassim itu ayah kandungnya, tapi anak mana nak tahan kalau si ayah berperangai seperti syaitan itu. Naaila mengetap gigi geram.

Dia rasa Puan Halimah memerlukan masa untuk ceritakan semuanya. Dia tak nak lagi Puan Halimah terasa beban dengan kehadirannya. Tapi, hati dia benar-benar ingin tahu. Pantas matanya tertancap ke arah almari pakaian Puan Halimah yang terbuka luas.

Tiba-tiba kepalanya teringatkan sesuatu. Laju kakinya melangkah ke arah almari tersebut. Tangannya naik menyelak baju yang sememangnya sudah berselerak. Laju jantungnya mengepam darah apabila kotak yang dicari tiada.

"Sebab ni ke mama menangis? "Soal Naaila kepada Puan Halimah apabila kotak barang kemas peninggalan keluarga ibunya habis diambil oleh si Kassim.

Naaila dapat lihat bahu ibunya bergetar hebat. Naaila tak sampai hati lagi nak menyoal lalu dia kembali ke arah Puan Halimah. Bahu Puan Halimah dirangkul bagi menyalurkan kekuatan. Ya, dia dan Naaili adalah kekuatan Puan Halimah untuk terus bertahan, untuk terus kuat. Tanpa mereka, pasti Puan Halimah tidak lagi mampu untuk bertahan.

"Mama.. Jangan diam macam ni, cakap dengan Naaila? Hmm? "Buat kesekian kalinya Naaila memujuk Puan Halimah supaya mengeluarkan suara. Siapa je yang tak sedih apabila barang kemas peninggalan keluarganya dirampas begitu sahaja. Sudahlah, itu barang kemas ibu kepada Puan Halimah.

"Mama.. Mama sedih Naaila. Kenapa ayah kamu tak pernah nak hormat mama sebagai isteri dia. Ayah kamu tak pernah nak insaf. "Rintih Puan Halimah di bahu anak gadisnya. Kalau dia pendam pun tidak guna. Semakin dipendam, semakin luka dihatinya mendalam. Luka seorang isteri.

Mendengarkan itu, air mata Naaila juga mengalir. Dia dapat rasa apa yang Puan Halimah rasa. Dia cuba untuk tidak mengeluarkan getaran suaranya di hadapan Puan Halimah. Kalau dia sendiri menangis, macam mana dia nak salurkan kekuatan itu untuk si ibu. Dia juga harus kuat.

"Ma, ayah ambil semua ke barang kemas mama? "Soal Naaila kembali apabila esakan Puan Halimah semakin reda.

Puan Halimah mengangguk sekilas. "Semua. Mama terkejut bila ayah balik marah-marah. Dia selongkar semua barang mama sampailah dia jumpa kotak tu. Mama tak bagi, tapi ayah tampar muka mama. Mama tak tahan lagi Naaila.. "Adu Puan Halimah. Dengan anaknya sahaja dia mampu mengadu domba.

Naaila memegang wajah Puan Halimah. Dia memandang dalam anak mata Puan Halimah. Anak mata yang menyimpan beribu duka. Diseka air mata Puan Halimah dengan jari mulusnya.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now