Kassim yang tengah makan di dapur, Naaila hiraukan. Naaila perasan kerlingan Kassim padanya. Naaila buka peti sejuk tanpa mempedulikan pandangan Kassim padanya. Kalau Kassim bukan ayahnya, sudah lama Naaila halau orang tua itu keluar dari rumah. Sudahlah segala apa dalam rumah ni sekarang Naaila yang tanggung.
"Kau pergi mana? Malam baru balik ni, "soalan Kassim buat Naaila rasa nak je ketawa kuat. Sejak bila si Kassim ambil peduli soal dia?
"Sejak bila ayah jadi prihatin ni? "Sinis nada suara Naaila buat Kassim mula rasa berang. Tangan Kassim celupkan ke dalam besin yang berisi air. Mulutnya dibilas dengan air.
Pandangan tajam dihala pada Naaila. Anak gadisnya itu dipandang. Kassim jungkit senyum sinis. Kepala diangguk sinis seperti ketawakan Naaila.
"Taklah. Aku ni punyalah sangka kau ni budak baik. Terkurung aje dalam rumah ni tapi sekarang apa? Kau dah pandai balik malam, huh? Kau nak cakap apa lagi, "Naaila mula rasa gugup apabila Kassim mula berdiri mendekati Naaila.
"Apa ayah ni? Ayah letak maruah Naaila ni bawah tapak kaki ayah ke? Ayah jenis apa ni?! "Naaila mula membentak kerana rasa geram di dalam hati mula merajai dirinya.
Kassim pegang tudung yang dipakai Naaila sebelum tudung bawal Naaila direntap kasar. Habis berselerak keronsang yang Naaila pakai. Naaila tahan perit bawah dagu kerana terkena jarum keronsang yang direntap Kassim.
Baru sahaja Kassim mahu naik tangan, Puan Halimah menegah.
"Abang! "
Kassim alih pandangannya pada Puan Halimah. Tangannya dikepal membentuk penumbuk. Gigi diketap rapat.
"Kau jangan nak masuk campur! "Jari Kassim tuding ke arah Puan Halimah. Terpempan Puan Halimah kerana tak mampu melawan. Dia hanya wanita lemah nak dibanding dengan suaminya yang jauh lagi kuat darinya.
"Kau,Naaila sini, "direntap lengan Naaila kasar sehingga Naaila terikut langkah Kassim. Dengan langkah terpaksa, Naaila ditarik sehingga ke ruang tamu. Rambut Naaila juga sudah terlerai dari sanggulnya.
Naaili hanya mampu menekup mulut di belakang pintu bilik mereka. Tangisannya yang ditahan akhirnya pecah. Naaili takut. Gadis yang berusia 14 tahun apa yang mampu buat selain hanya mampu pandang.
"Apa ayah ni?! "Jerkah Naaila. Naaila sudah tidak mampu bersabar lagi.
Kassim senyum sinis.
"Kau keluar dengan lelaki tu pun, aku tak pernah dapat untung. Baik, aku bawa kau pergi kelab malam ni, "terbuntang mata Naaila apabila mendengar bait kata Kassim tika ini. Ayah dia dah gila ke?
Lengan Naaila ditarik lagi, mahu Naaila mengikutnya. Naaila meronta mahu dilepaskan. "Apa ni ayah, lepaskan Naaila, "Naaila tampar lengan ayahnya berkali-kali.
"Aku nak duit. Hanya dengan cara ni je aku boleh dapatkan banyak duit, "kata Kassim tanpa fikir gadis yang mahu dijualnya itu merupakan anak kandungnya sendiri. Anak yang patut dia sayang.
Bapa durjana!
Kassim buka pintu utama rumah mereka laju. Terbuntang mata Naaila melihat gerangan di hadapan pintu rumah mereka ketika ini.
"Zain... "Nama itu meniti di bibir munggil Naaila. Kassim mula lepaskan lengan Naaila.
"Apa awak buat dekat sini? "Tanya Naaila lagi. Tanpa sedar yang kepalanya langsung tidak ditutup apa-apa.
Zain jungkit senyum. "Your purse tertinggal dalam kereta saya. Saya nak hantar ni, je. Kenapa awak menangis? "Tanya Zain pelik.
Mata helangnya mengerling sedikit Kassim yang mula panas duduk.
YOU ARE READING
Kerana Wajah
Romance'YOUR LOVE HAS MADE ME BLIND' Nur Naaila seorang gadis yang lebih banyak diam daripada bercakap. Baginya, buat apa nak banyak bercakap kalau apa yang dicakap itu hanya mengundang dosa. Dia bukan tak boleh bergaul cuma dia tak suka keadaan begitu te...