BAB 1 🍀 MIMPI BURUK

869 35 3
                                    

"ABANG... jangan buat Mah macam ni, bila abang nak berhenti buat kerja tu abang?"Rintih Puan Halimah dalam keadaannya yang terduduk menangis di atas lantai.

Kaki suaminya dipeluk rapat bagai tidak mahu dilepaskan. Dia akui suami dia kaki pukul, kaki kelab dan segala kaki yang ada. Mana tidaknya, suaminya tokan dadah. Suaminya menjadi orang suruhan tauke cina dan menjadi orang kepercayaan tauke cina tersebut.

"Kau lepas kaki aku, Mah! Kau lepas! "Bentak Kassim ayah kepada Nur Naaila. Kakinya cuba dikeluarkan daripada pelukan isterinya.

"Abang, Mah mohon berhenti buat semua tu. Kita dah tua abang. Abang tak kasihankan Naaili ke abang, dia selalu kena ejek dengan kawan dia dekat sekolah. "Rayu Puan Halimah. Air matanya sedari tadi mengalir menuruni pipi. Dia tak tahu apa dosa dia bila dikurniakan suami yang begini. Tapi, dia juga perlu redha dengan ketentuan ilahi kerana jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di tangan tuhan.

"Aku dah bagi kau anak beranak makan pun dah cukup bagus tau tak?! Aku suruh berhenti saja belajar tak nak! Nak juga belajar. Susahkan aku betul tau tak?! "Kassim menengking Puan Halimah tanpa ada perasaan bersalah langsung.

Naaila dan Naaili yang berada di dalam bilik sudah menangis. Menangis kerana nasib yang menimpa dan dikurniakan seorang ayah yang langsung tak berhati perut. Melihat Naaili yang berada di dalam pelukan dia, Naaila mencium ubun-ubun, satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

"Adik sabar okey? Akak akan sentiasa ada dengan adik. "Janji Naaila kepada adik perempuannya yang berusia 14 tahun itu.

Naaila menjadi semakin tidak senang duduk apabila mendengar makian dan cacian ayahnya kepada satu-satunya ibu yang dia cinta dan sayang. Laju kakinya mengatur langkah ke bilik ibu dan ayahnya. Pintu yang tak berkunci dikuaknya.

Bukan main terkejut dia melihat ayahnya baru sahaja menampar wajah ibunya. Dia sebagai anak semestinya tidak akan berdiam diri apabila melihat adegan itu. Apa yang dia boleh cakap sekarang ni, ayahnya seorang lelaki dayus dan tidak bertanggungjawab!

"Ayah! "Jerit Naaila. Dia sudah tidak fikir dosa sebagai anak derhaka kerana telah meninggikan suara kepada ayahnya.

Langsung dia mendapatkan, Puan Halimah yang terduduk menangis di lantai. Pipi Puan Halimah yang memerah dielusnya lembut. Sampai hati ayah!

"Kenapa ayah buat mama macam ni? "Soal Naaila menahan air matanya daripada jatuh.

Dia lihat ayahnya hanya tersenyum puas, hanya beriak tidak bersalah. Mata Kassim tajam memandang wajah mulus Naaila.

"Kau budak lagi! Jadi kau tak usah nak sibuk hal orang tua. Kau takde hak. Aku dah bagi kau belajar pun dah cukup baik tau?! "Jerkah Kassim kepada Naaila. Tak cukup dengan itu, pipi Naaila dicengkam kasar. Akibat cengkaman itu, muka Naaila terangkat memandang wajah bengis si ayah yang jelas tidak sayang akan dirinya.

Naaila menahan perasaan dalam hati dengan pelbagai rasa yang mula menerobos jauh dalam sudut hati. Apalah nasib dia dan keluarga?

"Kau dengar sini baik-baik, Naaila?! Mulai dari hari ni aku takkan biaya sesen pun pengajian kau! Lantak kaulah nak hidup macam mana pun. Aku takkan tanggung kau lagi. Kau salahkan mulut puaka mak kau ni! "Kassim melepaskan muka Naaila yang dicengkamnya dengan kasar.

Nampak sangat cengkaman di bawah dagu Naaila sangat kuat bila disekitar bawah pipinya ada kesan merah dan berbirat. Rasa macam bengkak pun ada. Ayahnya tak kisah kalau dia mati sekalipun.

Terlepas tangisan Naaila apabila ayahnya melangkah keluar dari bilik yang didiami ibu dan ayahnya. Dipandang wajah ibunya, Puan Halimah yang terkedu dengan air mata yang masih mengalir. Ibunya menangis tanpa bunyi. Nampak sangat betapa seksanya hidup ibunya.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now