BAB 7 🍀 THE BEGINNING

235 18 3
                                    


KAFETERIA

Sebaris perkataan itu yang elok tergantung di hadapan kafeteria kolej ini menjadi tatapan mata Naaila dari tadi hinggalah sekarang.Kedua tangannya berada di bawah meja,atau lebih tepat lagi di atas pehanya.

Tangannya tidak henti-henti saling meramas antara satu sama lain bagi menghilangkan rasa gusar sekarang ni.Dalam hati Naaila tu...usah dikata.Degupan jantungnya hampir kedengaran di luar.Betapa hebatnya penangan si jejaka sehingga mampu membuat si gadis berhati tembok ini menjadi tidak tentu arah begini.

Mata masih melilau pandang keliling.Tidak berani langsung mahu pandang terus ke hadapannya sekarang ini.Badan bergerak ke depan dan ke belakang,diharap dapat menenangkan diri.

"Naaila?Awak okay tak ni?"

Terus pandangannya tepat ke arah sepasang anak mata milik gerangan di hadapannya sekarang ini.Dia terkejut setelah dengar namanya lembut dipanggil begitu.

"Hah?Apadia?" soal Naaila dengan wajah yang polos, kosong dan keliru.Comel.Semerta mencetuskan tawa kecil pada gerangan di hadapannya ini.

"Saya tanya...awak okay tak?Dari tadi..asyik pandang sana,lepas tu pandang sini,tapi tak sikit pun mata awak beralih tengok saya.Saya lunch dengan manusia ya,bukan hantu." balas Zain Hadif senada.Nasi goreng ayam yang ditempahnya tadi sudah hampir separuh selamat masuk ke dalam perut.Tapi Naaila?Sebutir nasi pun tak masuk ke dalam mulutnya lagi.

Naaila berada dalam keadaan buntu.Entah mahu 'hehehe' atau 'saya minta maaf' mahu dijadikan sebagai balasan kepada kata-kata pensyarahnya ini.

"Tak nak makan?Tak lapar ke?" soal Zain lagi apabila dilihat Naaila masih kekal statik,biarpun dah ditegur tadi,difikirnya Naaila akan berubah reaksi untuk makan,tapi ni tak pun?Seram sangat ke muka Zain tu?

Naaila geleng perlahan.Zain tayang muka hairan.Entah mahu menafsir gelengan itu sebagai 'tak lapar' atau 'lapar tapi tak nak makan lagi'.Aduh.

"Naaila,makan tu.Nanti dah sejuk tak sedap.Tak payah nak takutlah dengan saya.Tak pernah-pernah lagi masuk berita tentang pensyarah makan budak tau.Dah,makan.Ke awak nak kita lunch macam ni hari-hari?"

Semerta mata Naaila bulat ke arah Zain.Zain tertawa sendiri.Adui lah budak ni.Bermacam-macam reaksi dia tayangkan eh.Comel,geram.Ish!

"Eh taknak taknak" balas Naaila diikuti dengan gelengan yang laju,bagai nak tercabut selendang yang melilit di kepala tu.

"Haa dah tu,makan sekarang.Kalau awak tak makan,saya letak syarat lunch dengan saya hari-hari kalau taknak kena potong markah." ugut Zain.

Naaila menayang muka yang seakan mengatakan derhhh seriuslah gila kepada Zain Hadif. But..mampu ke dia nak cakap macam tu depan Zain sekarang?Of course not!

Dan...one thing to be sure, sekarang ni diorang makan dekat kafeteria kolej. What do you think will be after this when all the students around here just look at you and your lecturer having lunch together like a loving couple when you are not?

Tangan kanan Naaila dengan automatiknya naik tampar dahi sendiri.Benda ni akan jadi gosiplah gila!Ya Allah...

Zain terkejut.Makanan yang dikunyah terhenti seketika.Mata segera memberi sepenuh perhatian pada Naaila.

"Kenapa tampar dahi sendiri?" soalnya.

Naaila hanya senyum dan menggeleng perlahan.Dipandang wajah pensyarahnya yang seorang ni yang kekadang...memberi satu persatu 'musibah' pada dia.Dipandang sedalam yang mungkin sambil berfikir...

Ya Allah, untuk apa Engkau hantarkan Zain Hadif dalam hidupku? Apakah mungkin ada cerita antara hidup kami? Apa yang telah Engkau tetapkan untuk kami? Jika dia hanya datang membawa kebahagiaan,tetapi mengapa setiap kali aku melihatnya,bagai ada sesuatu akan berlaku dalam hidupku?

Kerana WajahWhere stories live. Discover now