Flash backPintu bilik,Haris buka perlahan.Tidak dibuka penuh,hanya cukup sekadar kepalanya dapat dijengolkan dan dia menayangkan sengih pada Puan Hajar.Di matanya,dapat dia lihat sesuatu di dalam anak mata Puan Hajar.
Sesuatu yang mungkin...agak mencurigakan.Wajah Puan Hajar agak berkerut seribu.
"Ibu tak tidur lagi?" soal Haris,hanya sekadar berbasa basi.Dalam hati mengharapkan agar Puan Hajar tidak banyak bertanya dan terus beredar.
Sebaliknya,soalan berbalik pada tuan.
"Haris tak tidur lagi?Zain pun,kenapa ada dalam bilik Haris lagi ni?Dah lewat rasanya." kata Puan Hajar,sambil kepalanya cuba dipanjangkan kerana mahu melihat Zain di dalam.Tetapi awal-awal lagi Haris menarik sedikit pintu bilik,even pintu itu sekarang semakin lama semakin menghimpit lehernya yang berada di antara dinding dan pintu.
"Erm belum lagi,bu.Kejap lagi kitorang tidur.Ada lah hal sikit-sikit kitorang cakapkan.Ibu masuk tidur eh? Selamat malam!" pantas pintu bilik ditutup rapat.Belum sempat Puan Hajar menjawab balas, Haris sudah berdesup masuk ke dalam bilik.Hilang terus dari pandangan.Riak kecewa terhasil di wajah tua itu.Nafas panjang dihela.
'Ayah korang dah takde,janganla korang simpan dendam lama-lama macam ni.Kesiankan ayah kat Sana,takut tak tenang.' bisik hati Puan Hajar yang rasa agak terkilan dengan perancangan anak-anaknya terhadap keluarga yang pernah suatu ketika dahulu menghuru-harakan hidupnya sekeluarga.Tapi,itu semua benda yang dah lepas.Jika dia sendiri pun agak mengambil masa untuk memaafkan si pesalah,namun lama-kelamaan dia dapat terima hakikat.Dia redha.
Tapi tidak anak-anaknya.
Masing-masing mahu menuntut bela atas kematian bapa mereka.Sebabnya hanyalah bapa mereka dibunuh kejam betul-betul depan mata mereka sendiri yang membuatkan mereka agak bersumpah mahu tuntut keadilan terhadap kematian bapa mereka.
Tapi,Puan Hajar tidak suka semua itu.Dan langsung tidak sanggup membayangkan apa kemungkinan yang akan berlaku jika apa yang dirancangkan anak-anaknya menjadi kenyataan.
'Kesiankan ibu, anak-anak ibu.Tolonglah...' dia merintih dan merayu di dalam hati.Entah bila suara ini mampu dikeluarkan untuk menyatakan ketidaksukaannya terhadap tindakan anak-anaknya itu.
Kaki melangkah longlai menuju ke biliknya.Tidurnya pada malam itu dihiasi mimpi buruk,yang langsung tidak pernah dia pinta.
End of flash back.
♥️
"Bapak aku cakap macam aku ni takda maruah dah weh." ujar Naaila,dengan nada suara yang agak sedih,kecewa,putus asa.Mata lurus memandang ke hadapan.Pandangannya dibuang kosong.Fikiran entah ke mana.Zehra di sebelah hela nafas panjang.Tangan naik mengusap belakang Naaila,untuk menenangkankannya.Tapi dia sendiri pun tahu,yang Naaila sampai bila-bila takkan tenang.Walaupun dia membantu juga Naaila dengan membuat plan ahead untuknya semalam,namun dia sedar,yang kehidupan ini adalah kisah Naaila,dan bukannya dia.Sampai bila-bila dia takkan faham bagaimana rasa apabila berada di dalam 'kasut' Naaila.
"Kau sabar,okay." kata Zehra.
Naaila dengan wajah yang sudah dibasahi dengan tangisannya toleh pandang Zehra.Zehra membalas pandangannya dengan pandangan sayu.
"Sabar yang macam mana kau nak suruh aku buat?Hah?Cuba kau bagitau aku,aku ni dah separuh fed up tau!" katanya sebelum tangisannya menjadi semakin lebat.Badannya terasa ditarik rapat ke badan rakan baiknya ini.Tangan Zehra makin ligat mengusap belakang Naaila, benar-benar mahu salurkan ketenangan pada dia.
YOU ARE READING
Kerana Wajah
Romance'YOUR LOVE HAS MADE ME BLIND' Nur Naaila seorang gadis yang lebih banyak diam daripada bercakap. Baginya, buat apa nak banyak bercakap kalau apa yang dicakap itu hanya mengundang dosa. Dia bukan tak boleh bergaul cuma dia tak suka keadaan begitu te...