BAB 11 🍀 RANCANGAN

206 21 5
                                    

Air di dalam mulut tersembur keluar,mengotori seluruh meja dan kawan yang menemani dia untuk makan turut terkena tempias percikan air. Eww!

Tisu diambil dari dalam beg dan disua di hadapan muka Zehra.Zehra ambil dan terus dilap mulutnya yang basah.Kemudian diletakkan tisu itu ke tepi dan perhatiannya kini penuh tertumpu pada Naaila.Naaila tayang wajah hairan.

"Kau kenapa?Macam nak terkeluar biji mata tu?" suara Naaila berbaur menyampah.Tapi,tetap juga Zehra buat tak endah.

"Kau seriuslah weh terima dia jadi boyfriend kau!Gila!"

Naaila menampar terus tangan Zehra apabila gadis itu separuh menjerit menyatakan ayatnya tadi.Bukannya apa,lepas sahaja Naaila menceritakan yang dia terima Zain,terus Zehra tersedak air dan terkejut bukan kepalang.

"Janganlah jerit kuat sangat!Kau ni pun..." bisik Naaila dengan nada keras,badannya yang tadi ke depan sedikit untuk berbisik pada Zehra,kini sudah ke belakang bersandar di kerusi.Tangan disilang ke dada.Wajah dicemberutkan.Pandangan mata dibuang ke arah lain.

"Alah kau ni...berita panas kut.Memanglah aku terkejut.Kau tau kan apa itu REAKSI PANTAS?Haa macam tu la aku tadi." perkataan 'reaksi pantas' itu sengaja ditekankan supaya Naaila faham bahawa dia bukanlah sengaja hendak memalukan Naaila di hadapan orang dengan menjerit macam tu.

Naaila menjeling Zehra dan ditayang wajah masamnya.Zehra hela nafas panjang dan tangan Naaila dia usaha capai dan pegang mahu memujuk.

"Ala babe... sorry la.Aku serius tak sengaja weh.Serius.Okay sekarang ni aku janji aku tak jerit dah.Apa yang aku nak sekarang cumalah  cerita kat aku apa yang buatkan kau terima dia semudah tu?Kau kena pukau ke apa?"

Sekali lagi lengan Zehra ditampar kuat oleh Naaila.Naaila gigit bibir bawahnya tanda dia geram dengan Zehra. Once again!

"Pukau apanya kau ni pun,hadui...aku pun tak tahu macam mana aku boleh senang-senang macam tu je terima dia.Serius aku tak tahu.Yang aku tahu sekarang ni dia dah mula syok sendiri weh.Mampuslah aku lepas ni nak kena hadap dia hari-hari." tutur Naaila panjang lebar sambil tangan naik mengurut dahi.

Zehra mencebik sedikit.

"Korang takde buat apa-apa perjanjian ke?"

"Hah?"

"Yelah, perjanjian macam...erm...dekat kolej korang kena act biasa ke,erm...korang kena bersayang-sayang ke...apa ke...takde pun?" soalnya bertubi-tubi.Naaila pandang Zehra lama sebelum dia berkata.Dahinya dikerutkan tanda dia seperti baru teringat akan sesuatu.Dibetulkan duduk dahulu supaya selesa.

"Haah kan.Kenapa aku tak terfikir eh?Takde pulak aku buat apa-apa deal dengan dia even aku terima dia pun.Aku angguk, pastu terus blah camtu je." kata Naaila lagi.Zehra mula mengecilkan mata,dimuncungkan bibir dan diurut dagunya.Gaya seperti nujum pak belalang je.

"Sah kau kena pukau ni..."

"Ish taklah!"

Zehra masih lagi dalam keadaan begitu,sehingga Naaila mula rasa resah, walaupun dengan kawan sendiri kan.Tapi kalau dibiar lama-lama,nak jadi apa dengan perempuan ni? Gila agaknya.Dari tadi duk urut dagu tu.Aku tarik kang,labuh sampai ke lantai.Seram pun ada tengok dia ni,bodoh. Desis hati Naaila.Diberi pandangan tak puas hatinya pada Zehra.

Naaila buat tak endah dan terus saja dia bangun dari duduk dan berjalan pergi meninggalkan Zehra yang termangu sendiri di situ.Sempat lagi dia pandang pada makanan di depan mata sebelum toleh pandang Naaila yang dah jauh dari pandangan.

"Weh makanan ni macam mana!Woi!" laung Zehra.Tapi usahanya itu langsung tidak membuahkan hasil apabila Naaila langsung tidak dengar dek kerana suasana kafeteria yang bising.Akhirnya dibuat keputusan untuk membungkus makanan itu dan pergi mengejar Naaila.

Naaila yang sudah jauh berlalu pergi hanya tersenyum jahat. Padan muka.Nak sangat kenakan orang,kan.Ha rasakanlah 'nikmat' kena tinggal.

♥️


Dua Maggie cup yang sudah diisi air panas di dalamnya dipegang dan diletakkan di atas meja.Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Zain.

"Weh serius lah dia terima kau?" soal Zaid dengan wajah yang tidak percaya.Matanya bersinar tanda bahagia.

Zain hanya senyum dan angguk. Maggie cup perisa tomyam yang sudah siap terhidang di depan mata diambil dan dikacau supaya mi itu kembang sama rata.Mulut rasa tidak sabar mahu menerima suapan pertama dek kerana baunya yang sangatlah menyelerakan.Berkecur air liur dibuatnya.

Zaid masih lagi kekal statik begitu.Dipandang Zain lama dengan senyuman mekar di bibir.

"Pergh hebat doe!Sekelip mata!" katanya lagi sebelum dia juga turut membuat perkara yang sama seperti mana Zain buat.Dikacau mi segera miliknya juga sebelum disuap ke dalam mulut.Zaid kemudiannya mengeluarkan bunyi huhmmm sedapnya! sambil memejam mata rapat menikmatinya.Ditambah lagi dengan berita baik yang diberitahu Zain,lagilah dia bertambah rasa seronok.

Zain terhenti perbuatan dan dipandang Zaid seketika.

"Maknanya lepas ni aku nak kena ber sweet-sweet bagai lah dengan dia? Oh shit jenuhla aku nak mengayat." katanya sebelum suapan seterusnya selamat masuk ke dalam mulut.Dihirup kuah dengan rakus.Sungguh,dia lapar gila.

Zaid ketawa sinis.

"Kau lupa?Aku ni kan tukang hantar surat dulu.Taulah aku nak ajar kau mengayat macam mana.Kau takyah risau.Aku ada." sambungnya pula.Zain mula tersengih jahat juga.Yalah kan,apa guna adanya 'rakan sekerja' kalau tak boleh nak tolong,kan?

Sedang mereka tengah asyik menghabiskan mi segera masing-masing dan berbincang tentang 'projek' mereka,mereka langsung tidak sedar bahawa ibu mereka sedang memerhati dan menangkap setiap patah kata mereka di balik dinding.Semerta tangan naik mengurut dada.Wajahnya kelihatan risau.

Ya Allah...apa anak-anak aku sedang rancangkan...?

Kerana WajahWhere stories live. Discover now