Bab 13🍀FALL FOR YOU

285 22 2
                                    

"Arghhh!!! "Jerit Naaila apabila Zain membrek keretanya dengan mengejut. Keadaan jadi secara tiba-tiba apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi membelok masuk ke simpang di hadapan laluan mereka.

Zain pandang belakang. Nafas dihela lega apabila tiada kenderaan yang rapat dengam keretanya di belakang. Terus matanya kembali memandang Naaila yang masih terkejut. Mujur tiada apa yang berlaku.

"I'm sorry. My bad, "ucap Zain. Dia betul-betul rasa bersalah melihat dada Naaila yang berombak nafas akibat terkejut.

Naaila menggeleng kecil.

"No, it's okay. Not your fault, "Naaila cuba berbasa basi. Hampir juga dahinya mencium dashboard di hadapannya.

Mendengar picitan hon dari kenderaan di belakang buat Zain kembali memulakan pemanduannya. Kali ini, Zain diam tidak bercakap lagi kerana tidak mahu kejadian seperti tadi berlaku lagi.

"Zain.. Awak okey? "Soal Naaila apabila Zain serius begitu. Naaila pula yang naik seram. Tadi sebelum kejadian, mulut Zain tidak henti berceloteh itu ini. Sekarang ni, diam pula.

"Saya okey, "jawan Zain sepatah. Siku Zain sebelah kanan diletak di atas tingkap kereta kemudian kukunya digigit. Tak nak keadaan seperti tadi berlaku labih baik Zain diam. Naaila seperti ada tarikannya yang tersendiri buat Zain hampir terlupa matlamatnya yang satu itu.

Melihat keadaan Zain yang begitu, Naaila terus mengeluh lemah dan membuang pandang ke hadapan. Suasana sepi di dalam kereta membuatkan Zain menekan radio untuk memecahkan kesunyian yang melanda. Pelbagai celoteh yang keluar dari mulut dj radio.

Terbeliak mata Naaila apabila kereta Zain mula masuk ke perkarangan restoran ala bali di hadapannya kini. Bukan apa restoran ni sebenarnya sangat sesuai untuk pasangan kekasih atau untuk pasangan suami isteri yang mahu meyambut ulang tahun perkahwinan. Restoran ini nampak gah pada pandangan mata Naaila.

"Awak seriuslah kita nak makan dekat sini? "Soal Naaila memecahkan kesunyian antara mereka.

Zain jungkit senyum. "Kenapa? Awak tak suka ke? "Zain lihat muka Naaila pula sudah mula tayang rasa tidak selesa. Jemari Naaila juga sudah mula meramas antara satu sama lain.

Naaila kemam bibir. "Bukan tak suka tapi... "

"Takde tapi-tapi, honey. Please... "Zain kerap kali memanggilnya 'honey' menyebabkan Naaila lagi rasa berdebar. Tambahan pula dengan suasana romantik yamg menghiasi restoran subak tersebut benar membuatkan jantung Naaila berdebar hebat.

"Dah jom keluar, "ajak Zain setelah selesai memarkirkan kereta audi miliknya. Zain mula tolak pintu kereta untuk keluar. Naaila pula masih lagi teragak-agak.

Baru Naaila pegang pintu mahu keluar, Zain sudah terlebih dahulu membuka pintu kereta untuk Naaila. Terkedu Naaila dibuatnya. Seumur hidup Naaila tidak pernah lagi dia dimanjakan oleh insan bergelar lelaki sehingga begini rupa.

Naaila pandang Zain, Zain hanya senyum senget dan mengangguk kecil supaya Naaila keluar. Terus Naaila langkah kaki keluar daripada kereta. Naaila tak tahu nak cakap apa. Memang pada awalnya Naaila rasa terpaksa tapi sedikit sebanyak Naaila rasa terharu sebab Zain bawa ke tempat yang setenang ini.

Naaila rasa macam dia tengah langkah kaki ke dalam hutan ketika ini. Dengan lampu-lampu yamg menghiasi di sekeliling pokok membuatkan Naaila lupa masalah yang dilanda buat seketika waktu.

Zain senyum sinis di balik cahaya lampu. Senang je nak jinakkan Naaila ni sebenarnya. Apalah, reaksi Zaid nanti apabila mendengar apa yang akan disampainya. Sampai sahaja di meja yang Zain tempah, Zain menyuruh Naaila duduk. Zain memilih tempat yang privasi sikit supaya Naaila selesa.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now