Bab 19

535 38 16
                                    

DALAM perjalanan pulang,Zain mengerling Naaila dari hujung mata.Hujung bibir Zain terjungkit senyum kerana memikirkan bahawa Naaila hampir memasuki jerit yang mereka bina.Mata mereka bertembung sebaik sahaja Naaila toleh kepalanya ke arah Zain.Naaila mula kemam bibirnya sendiri kerana panahan mata Zain benar-benar buat jantungnya berdebar.rasa seperti dipalu secara bertalu-talu.

"Kenapa awak pandang saya?"Naaila rasa gugup apabila Zain pandang dia macam tu.

"Salah ke saya nak pandang bakal bidadari saya ni?"Zain mula bermain dengan kata-katanya.Soalan berbalas soalan ditujukan kepada Naaila.Berbahang Naaila rasa pipi dia ketika ini.Kenapa Zain perlu bertindak sesweet itu bagi Naaila.Naaila tak nak dia terlampau tenggelam dengan perasaan dia sendiri kepada Zain.

"Kenapa sayang diam pula?"sudah semakin menjadi kebiasaan buat Zain dengan memanggil Naaila 'sayang' ketika ini.Semakin mantap pula lakonan si Zain ni.Boleh masuk ujibakat lakonan kalua macam ni gayanya.

"Saya cuma"

"Cuma apa,sayang?"sekali lagi Naaila gigit bibir.Allah..kenapa Zain ni..nak dia kena serangan jantung dekat sini ke apa ni?

"Tak boleh ke...kalau awak tak panggil saya sayang?" bibir bawah Naaila gigit sedikit.Betul tak,apa yang dia cakap sekarang ni?wajah Zain yang focus pada pemanduannya kini Naaila pandang dari tepi.

"Why not if...kita biasakan panggilan macam tu before we get married?nanti tak delah lidah terbelit nak biasakan panggilan macam tu kan?"kata-kata daripada Zain benar buat Naaila rasa terpaku.Secara tiba-tiba Zain toleh pandang Naaila buat jantung Naaila mula mengepam darah dengan laju.Terasa seperti jauh pula jalan nak balik rumah dia sekarang ni.

Yang Naaila tau sekarang ni...dia tak tau mahu membalas apa.Zain sepertinya serius mahu memperisterikan dia.Zain tak akan rasa menyesal ke bila kahwin dengan dia nanti?sudahlah ayah dia pun macam apa lagi.Kang waktu nak kahwin nanti dia minta macam-macam dekat Zain tak ke masalah namanya tu?

"Awak takkan rasa menyesal ke kalau dah kahwin dengan saya nanti?"tanya Naaila secara tiba-tiba buat kerongkong Zain rasa tersekat secara tiba-tiba.Namun,Zain hanya beriak biasa.Wajah tenang ditayang kepada Naaila.Hanya senyuman nipis yang terpamer di wajah kacak itu.

"Buat apa nak menyesal kalau hati saya ni memang dah terpaut dekat awak?I have told you right that I really love you?tak kiralah apa pun yang berlaku,saya akan tetap jadikan awak milik saya,"

'milik untuk balas balik apa yang ayah kau dah buat dekat ayah aku,'kata-kata itu hanya disambung di dalam hati.

Naaila pula benar-benar rasa bahawa kata-kata Zain itu tersangatlah ikhlas dari hati.Naaila tak pernah rasa macam ni.Adakah ini namanya cinta?

"Saya rasa bersyukur sangat bila awak cakap macam tu.Saya cuma tak nak awak rasa tak selesa je nanti lepas awak kahwin dengan saya,"jujur Naaila cakap,dia takut Kassim Malukan dia lagi di hadapan keluarga Zain nanti.Sudahlah ayahnya itu perangai memang tak boleh nak dikira sangat.Selalu sahaja sakiti keluarga dia.Naaila tersangat mahukan ayah yang bertanggungjawab,sayangi dia sepertimana ayah kasihi diri dia sendiri.Naaila benar inginkan rasa itu.

"Itu semua sayang jangan fikir,okey?saya janji saya akan jaga awak macam mana saya jaga diri saya sendiri,"Zain rasa macam nak je dia pukul bibir dia sendiri sekarang ni.Apesal ayat jiwang sangat yang terbit dari bibir dia ni?

Dengar sahaja itu,Naaila rasa benar-benar terharu sekarang ni.Terima kasih Ya Allah kerana telah hadirkan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya.doa Naaila dalam hati.Sejujurnya Naaila tak pernah terfikir akan hadirnya lelaki seperti Zain dalam hidup dia.Naaila terlampau serik dengan Kassim yang sering sahaja memukul ibunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana WajahWhere stories live. Discover now