"SAMPAI hati kau tak cakap dekat aku yang aku pakai kasut macam ni.. "Ujar Naaila kepada Zehra dengan wajah cemberut setelah keluar dari bilik Zain Hadif.
Zehra cuba untuk sembunyi ketawa melihat muka Naaila yang dah serupa tapai basi sekarang ni. Dijilat bibirnya dahulu untuk melembapkan bibirnya sebelum menarik lengan Naaila.
"Sorry la.. Aku ingat kau perasan tadi. Malaslah nak tegur nanti kau lagi malu. Sorry la..."Zehra mengebil-ngebilkan matanya berkali-kali di hadapan Naaila. Hujung lengan baju kurung Naaila ditarik untuk memujuk.
Naaila pandang wajah Zehra yang cuba curi perhatian darinya. Ah! Tak nak lembut hati kali ni. Naaila terus langkah kakinya besar sebesarnya mahu meninggalkan Zehra di belakang. Biar padan muka dia.
"Naaila! Weyh nantilah dulu...kau jangan la macam ni.. Aku nak kawan dengan siapa nanti. Aduh! "Zehra mengejar langkah Naaila yang sudah setengah jalan meninggalkan dia.
Naaila tersengih mendengar rayuan Zehra. Tau takut.
"Yelah.. Aku maafkan kau. Lain kali kalau aku pelik macam ni tegur. Ni malu tau aku dekat Encik Zain. Ish! "Sempat pula Naaila ingat Zain Hadif yang ketawakannya separuh mati tadi. Terus wajahnya berubah cemberut kembali. Tak sukanya!
Zehra yang melihat wajah Naaila kembali berubah, tercengang. Dah kenapa pula?
"Kau kenapa kat dalam tadi? "Soal Zehra. Mungkin ada sesuatu tadi.
"Jomlah kita pergi kafe dulu. Malulah berdiri dekat sini dengan aku yang macam ni. Jom! "Ajak Naaila sambil kalut menarik lengan Zehra.
Zehra juga laju melangkah menyaingi Naaila. Boleh semput kalau tiap hari macam ni. Sampai sahaja di kafe, Naaila terus laju duduk. Tak nak orang pandang kaki dia. Kenapalah lambat sangat hari ni nak berlalu.
"So, apa cer? "Laju Zehra menyoal.
Naaila tepuk dahi. Kawan siapalah yang kepoh sangat ni. Sepatutnya Zehra ni kena ambil course journalism bukannya architecture. Sabarlah sikit.
"Kau sepatutnya kena jadi wartawan tau tak? Sabarlah sikit. Kita order la air dulu tapi kau yang kena tolong order kan. Denda sebab tadi,"Sempat lagi Naaila perli si Zehra. Matanya dikerling melihat wajah cemberut Zehra.
Dalam muncung itik Zehra pun, dia bangun juga untuk memesan air demi seketul Naaila di hadapannya. Naaila ketawa kecil melihat kelakuan Zehra. Buat muka macam tu pun buat juga. Sayang dialah tu.
Zehra kembali dengan membawa dulang yang berisi milo ais dan juga teh ais buat sejukkan tekak yang tengah panas ni. Milo ais diletakkan di hadapan Naaila. Minuman itu memang minuman kegemaran Naaila sejak azali.
Kemudian Zehra mengambil tempat di hadapan Naaila dengan wajahnya yang jelas tidak sabar. Naaila kerling Zehra sebelum menyedut milo ais yang nyata mengiurkan itu. Cukup melegakan dahaga yang bertandang.
"Kau jangan nak mengelak eh, cepat cerita.. "Suara Zehra juga sudah separuh merengek. Geram betul dengan Naaila yang selalu buat perasaan dia berdebar ingin tahu.
Naaila menelan air milo yang disedut sebelum tangannya menolak gelas minuman tersebut ke tepi. Dua tangannya naik ke atas meja seperti mahu membincangkan perkara mustahak.
"Encik Zain tadi dia bantai gelakkan aku. Geram aku! "Naaila melepaskan rasa geramnya. Kalau lepas tadi asyik ugut nak potong markah je. Mana adil.
"La.. Itu je ke? "
"Bukan tu aje, disebabkan aku lewat tadi... "Naaila pandang dalam wajah Zehra yang nyata terkebil-kebil menanti ceritanya.
"Dia nak denda aku, "
YOU ARE READING
Kerana Wajah
Romance'YOUR LOVE HAS MADE ME BLIND' Nur Naaila seorang gadis yang lebih banyak diam daripada bercakap. Baginya, buat apa nak banyak bercakap kalau apa yang dicakap itu hanya mengundang dosa. Dia bukan tak boleh bergaul cuma dia tak suka keadaan begitu te...