BAB 4

267 22 4
                                    


ZAID HARIS turun ke dapur dahulu untuk sarapan sebelum bekerja. Mujur Zain Hadif boleh diharap untuk carikan dia kerja. Bukan dia tak nak menggerakkan kakinya sendiri untuk mencari kerja cuma dia agak malas. Malas untuk masuk ke satu kedai dan ke satu kedai. Dia bukannya pandai macam si Zain. Apa yang dia ada cuma segulung sijil SPM. Tapi itupun sudah memadai untuk dia.

"Ha, ni Haris ibu ada goreng bihun. Makanlah. "Ujar Puan Hajar selepas masuk dari pintu dapur. Tangannya pula memegang bakul sampah. Tahulah Zaid Haris bahawa ibunya keluar buang sampah.

"Hmm, bu? "Panggil Zaid Haris apabila Puan Hajar memulakan kerjanya untuk membasuh pinggan kotor yang dia kumpul tadi.

"Kenapa Haris? Haris ada masalah ke? "Tanya Puan Hajar dengan nada risau. Anaknya itu seperti ada masalah.

"Ish, mana adalah. Haris just nak bagitau yang Haris dah dapat kerja. "

Puan Hajar terus beriak macam tidak percaya. Mananya dia tak terkejut, baru sahaja dia menyatakan pendapatnya untuk menyuruh Zaid Haris kerja. Tup, tup anaknya sudah menyatakan bahawa dia sudah dapat kerja. Cepat sungguh.

"Betul ke? "

Melihat anggukan Zaid Haris yang sedang menelan bihun goreng buatannya itu buat Puan Hajar mula melorek senyuman. Dia senang dengan Zaid Haris kerana Zaid Haris sudah mula bekerja.

"Haris kerja elok-elok. Jangan main-main pula. Haris kerja apa? "

"Kerja biasa je, bu. Dekat 7-eleven. "Air kopi di hadapannya dituang ke dalam cawan. Dia memang seorang penggamar kopi. Tapi, hanya kopi buatan Puan Hajar. Sedap sehingga menjilat bibir. Ceh, auta je lebih.

"Okeylah tu. Makan bagi kenyang. Hari ni ke start? "

"Aha.. Hari ni start. Lepas makan ni Haris dah nak pergi. Ibu jaga diri tau. "Sempat lagi Zaid Haris menitipkan pesan buat ibu tersayang.

"Haris tak payah risau pasal ibu. Ibu dah biasa. Kamu tu elok-elok naik moto tu nanti. Jangan nak merempit pula. "Seloroh Puan Hajar. Pinggan terakhir yang dibasuh dibilas dengan air sebelum menyusun pinggan tersebut di atas rak.

"Tak adalah ibu. Kalau pecut sikit tu boleh la..hahaha.. "Zaid Haris pecah ketawa bila melihat muka cemberut ibunya. Takut sangat dia merempit. Baru usik sikit je, bu.

"Haris cubalah kalau berani. Biar ibu tarik telinga tu kasi panjang."Ugut Puan Hajar. Puan Hajar turut menggeleng kepala melihat wajah kacak anaknya yang sedang ketawa suka menyakatnya. Zaid Haris sahaja yang selalu menghabiskan masa bersamanya. Nak harapkan Zain Hadif yang meluangkan masa bersamanya, memang tak taulah bila nak tiba masa itu.

Melihat Puan Hajar diam, Zaid Haris turut terdiam. Dia tahu Puan Hajar pasti fikirkan Zain Hadif si adiknya. Zaid Haris malas nak ganggu Puan Hajar lagi lalu dia meneruskan suapan demi suapan bihun goreng ibunya ke dalam mulut. Sedap pun sedap.

Baru sahaja Zain Hadif mahu melangkah ke ruangan dapur, dia terdengar perbualan mesra antara Puan Hajar dan juga Zaid Haris. Dapat dia lihat wajah gembira Puan Hajar sebelum bertukar mendung. Dihela nafas berat sebelum dia meneruskan langkah ke peti sejuk.

"Err Zain? "Panggil Puan Hajar kepada Zain Hadif.

Zain Hadif memalingkan wajahnya memandang Puan Hajar. Tiada langsung sahutan yang terbit dari mulutnya hanya menayang wajah tidak beriak di hadapan ibunya. Zain Hadif dengan Zaid Haris sememangnya sangat seiras sehingga dulu Puan Hajar pernah tertukar antara Zain dan Haris.

"Zain tak nak makan ke? "Sekali lagi Puan Hajar cuba untuk mengambil hati anaknya itu walaupun hati dia sendiri pun terluka.

"Nah, it's okay."Ujar Zain Hadif sekilas sebelum mengambil botol yang sudah diisi dengan air dari dalam peti sejuk. Tanpa izin, dia meninggalkan Puan Hajar yang hatinya sudah dilukai berkali-kali.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now