Bab 12🍀FIRST DATE?!

201 22 3
                                    

Baru sahaja Naaila mahu membuka sandal miliknya, Naaila tersepak satu sampul surat di hadapannya. Naaila tengok sampul surat tersebut dengan kening berkerut. Segera dia tunduk dan mencapai surat tersebut.

To:Naaila

Untuk dia? Lagi berkerut kening Naaila. Dipandang di sekitar kawan rumahnya. Tanpa membuang masa terus Naaila memboloskan dirinya ke dalam rumah. Takkanlah, sampai ke rumah surat yang selalu dia terima itu sampai.

Dan, keadaan itu sangat pelik bagi Naaila. Siapa The Z? Itu menjadi persoalannya. Naaila bawa diri ke bilik. Langsung dilabuhkan punggung ke atas katil setelah beg laptopnya diletakkan di atas meja. Surat tersebut dibelek.

To Naaila,

When I saw you,
I fell in love with you,
And you smiled because you knew it...

From,
The Z

Dalam tangan masih memegang surat tersebut, pandangan Naaila tunak memandang hadapan. Bibir dikemam. Naaila semakin resah dan sakit kepala fikir siapa pemilik surat ini. Entah psiko ke apa lelaki ini. Kadang-kadang Naaila rasa takut diri dia diperhati di luar sana tapi hanya dibuat-buat berani.

"Surat apa tu kak? "Soal Naaili yang baru sahaja keluar dari bilik air. Dikeringkan rambutnya menggunakan tuala. Saja sibukkan diri mahu menyoal si kakak.

Naaila angkat kepala pandang Naaili. Digeleng kecil kepalanya. Bukan tak nak beritahu Naaili tapi, surat ini pun Naaila tidak tahu pucuk pangkalnya. Entah dari siapa pun dia tidak tahu.

"Eleh, nak berahsia pula. Secret admire, eh? "Teka Naaili sambil menunjukkan mimik muka menyakat Naaila. Segera dia melangkah ke arah Naaila yang masih memegang surat tersebut.

"Tak delah, dik.. Dah, pergi sana buat kerja adik, "halau Naaila. Tak naklah Naaili sibuk menyakatnya begini. Naaili mengeluh apabila tidak dilayan. Pasti, Naaila tengah runsing sekarang ni. Naaila jalan menuju ke arah meja belajarnya sebelum kepala dijengul sikit ke arah Naaila.

"Tak payah nak sibuk... "

Terus Naaili pura-pura menyelak timbunan bukunya. Dijuih bibirnya sedikit. Itu pun nak berahsia. Huh, baca buku lagi baik. Malas nak layan Naaila yang sedang melayan perasaan.

Ting! Ting!

Dua notifikasi daripada telefon Naaila berbunyi. Terus Naaila keluarkan telefon pintarnya dari beg. Ditekan butang on. Terpampang mesej daripada unknown dan juga Zehra. Zehra tu, Naaila dah tahu apa dia nak cakap. Pasti gossip tak tentu arah dia saja yang mahu dikongsi.

Tapi unknown...

Segera Naaila slide lock screen dan tekan mesej daripada unknown. Tertera mesej tersebut pada pandangan Naaila. Tercengang Naaila membaca mesej tersebut.

+after class tomorrow, meet me for a while. I have something to tell you.

Your boyfriend, Zain.

Terus Naaila tekup muka sendiri. Kaki dihentak ke lantai tanda tidak tahan lagi. Ingatkan dah terima jadi girlfriend, tak adalah Zain Hadif nak menganggunya lagi. Tapi ini, lagi lelaki itu mencari peluang mahu dekat dengannya.

Naaili pandang Naaila pelik. Berkerut dahinya menahan rasa. Tak pernah Naaila berkelakuan begini. Kelakuan yang bagi Naaili pelik. Tak kuat menahan segera Naaili tegur.

"Kak, dah kenapa pula tu? "

Terus Naaila tegak badan dan diam terpaku. Dia terlepas lakulah pula. Apa dia nak jawab pada Naaili. Pasti adiknya itu akan terkejut jika dia memberitahu apa yang telah berlaku.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now